Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini menegaskan cadangan memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang diperkenalkan pada 1 April 2015, adalah muktamad. – Foto PopiyahBlog

“Ia (keputusan untuk memansuhkan) adalah muktamad dan usaha sedang dilakukan untuk merealisasikannya,” kata bekas gabenor bank pusat itu yang juga antara lima anggota Majlis Penasihat Kerajaan.

Dua ahli majlis itu berada di Kementerian Kewangan pagi ini untuk membincangkan mengenai percukaian selain urusan mengenai ekonomi termasuk perubahan fiskal dan subsidi.

“Kita tahu dari mula lagi ia sudah diputuskan, tidak perlu dipersoalkan mengenainya.

“Isunya ialah cara untuk melaksanakannya, sama ada menjadikannya sifar? Oleh itu, daripada enam peratus ia menjadi sifar peratus,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama 180 pengurus dana, di sini hari ini.

Zeti berkata semua urusan mengenai perubahan ekonomi akan dilakukan secara menyeluruh dan mengikut peraturan.

“Objektif utama ialah memberikan lebih banyak kuasa membeli kepada rakyat, terutama kumpulan pendapatan sederhana dan rendah,” katanya.

“Kami akan mengumumkan apa yang akan kami lakukan, termasuk strategi, proses, teknologi, sistem dan mendapatkan kelulusan di Parlimen,” katanya.

Zeti juga menegaskan beliau tidak akan memberi reaksi ke atas sebarang urusan mengenai politik dan hanya terlibat dalam perspektif ekonomi.

“Ini yang dikehendaki oleh rakyat sekarang, sejauh mana impak ke atas mereka dan bagaimana impaknya ke atas ekonomi. Itu sebab saya muncul kembali,” katanya. – Bernama

KLIK BACA: Najib bakal didakwa, tiada rundingan dapatkan semula wang, kata Perdana Menteri

KLIK TERKINI: Walaupun ada bukti Apandi tolak cadangan SPRM siasat 1MDB – Pengakuan Pegawai

KLIK PANAS: Bekas Pengarah Risikan dan Siasatan SPRM buat laporan terhadap Najib…isu dana KWAP dan 1MDB

KLIK BACA: Guan Eng geleng kepala terkejut lihat penyata akuan negara!!!

KLIK BACA: GST mansuh muktamad tak perlu persoal lagi, untuk tambah kuasa beli rakyat – Zeti

KLIK BACA: Razak Baginda kata kematian Altantuya ‘hanya pembunuhan biasa’….

KLIK BACA: Pascal rayu PM Dr Mahathir bantu kes pembunuhan bapanya Hussain Najadi

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE