Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Ipoh Timur membuat dua laporan polis terhadap beberapa pemilik akaun laman sosial Facebook dan WhatsApp yang menghina Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Penaja PPBM Bahagian Ipoh Timur, Afzainizam Salleh, berkata laporan dibuat berikutan tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik akaun terbabit yang secara terang menghina pemimpin negara itu.

Beliau berkata, pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Kyle Darwin dan Man Toba memuat naik status memaparkan perkataan kasar dan lucah bagi menghina Dr Mahathir.

“Semua status media sosial mereka terkandung status provokasi yang menghina Perdana Menteri yang dibuat sebelum hari pengundian dan sehingga kini, status itu masih dikongsi ratusan pemilik akaun lain.

“Kami mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap dua pemilik akaun terbabit,” katanya lapor Berita Harian selepas membuat laporan laporan itu di Balai Polis Pasir Putih, Ipoh.

Afzainizam berkata, pihaknya juga meminta semua rakyat yang melihat status menghina Perdana Menteri untuk tampil membuat laporan polis.

KLIK BACA: Najib bakal didakwa, tiada rundingan dapatkan semula wang, kata Perdana Menteri

KLIK TERKINI: Walaupun ada bukti Apandi tolak cadangan SPRM siasat 1MDB – Pengakuan Pegawai

KLIK PANAS: Bekas Pengarah Risikan dan Siasatan SPRM buat laporan terhadap Najib…isu dana KWAP dan 1MDB

KLIK BACA: Guan Eng geleng kepala terkejut lihat penyata akuan negara!!!

KLIK BACA: GST mansuh muktamad tak perlu persoal lagi, untuk tambah kuasa beli rakyat – Zeti

KLIK BACA: Razak Baginda kata kematian Altantuya ‘hanya pembunuhan biasa’….

KLIK BACA: Pascal rayu PM Dr Mahathir bantu kes pembunuhan bapanya Hussain Najadi

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE