Tun Daim yang baru sahaja dipecat Umno membidas parti itu memerintah Malaysia secara berhutang dan mencukai berat. – Foto Free Malaysia Today

TITIWANGSA: Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin yang menyokong Pakatan Harapan untuk menghapuskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkata, pakar ekonomi mempunyai idea bagaimana untuk membetulkan semula sistem percukaian yang diperkenalkal oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sekarang mereka (Pakatan Harapan) sebut nak kembali kepada SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan).

“Kita ada ramai pakar dan penasihat ekonomi yang akan menasihati kerajaan baharu bagaimana untuk menambah baik ekonomi.

“Kita tidak akan bankrap tanpa GST,” katanya lapor MalaysiaDateline dalam Majlis Dialog Bersama Tun Daim yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan Titiwangsa.

Turut hadir calon P119 Titiwangsa Rina Mohd Harun dan moderator Dr Ir Mohd Abdul Kader di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru hari ini.

Sebelum ini, Daim mengakui mencadangkan GST ketika dibawah kepimpinan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir kerana keperluan ekonomi disebabkan harga minyak dunia, sawit dan getah jatuh.

Namun beliau tidak bersetuju pelaksanaan GST pada masa ini kerana ia untuk membayar hutang kerajaan kesan daripada pelbagai projek mega yang dilaksanakan.

Cukai SST adalah cukai satu aras yang mana cukai ini hanya dikenakan kepada pengilang sahaja dan tidak boleh dituntut.Cukai ini dianggap sebagai kos kepada perniagaan.

GST pula adalah cukai yang dikenakan kepada pengguna yang menggunakan barang dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian sehingga pengguna.

Kata beliau lagi, kerajaan yang bakal memerintah kelak harus mengurangkan pembaziran dan menguruskan ekonomi dengan baik.

“Kita akan membawa lebih banyak pelabur yang boleh dikenakan cukai ke atas mereka.

“Kita perlu perjuangkan keadilan dan memperjuangkan hak rakyat itu yang penting.

“Sama ada ia betul atau salah bukan persoalannya pada masa kini.

“Pada asasnya Umno tidak boleh dibiarkan memerintah cara begini.

”Walaupun ada peningkatan KDNK 5% itu kerana kerajaan meminjam (berhutang). Jika terus meminjam ia akan boleh meningkat kepada 10% lagi.

“Ini cara mengurus ekonomi ‘biar papa asal bergaya’ kerana hutang saja sudah RM1trillion,” dakwanya seperti dilapor MalaysiaDateline.

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini pernah berkata, cukai jualan mesti dipulihkan jika Pakatan Harapan berhasrat menghapuskan GST.

“Jika kami ingin hapuskan GST, kami mesti memulihkan cukai jualan. Tetapi semua proses yang dilakukan oleh kerajaan perlu dilaksanakan secara berperingkat. Jika kami hapuskannya secara tiba-tiba dan kami tidak mempunyai sumber pendapatan, ia akan memudaratkan kerajaan,” kata Dr Mahathir.

Daim turut menjangkakan Pakatan Harapan menang PRU14 sekiranya BN tidak menipu pada pilihan raya kali ini.

“Sudah tentulah Pakatan Harapan boleh menang, jika BN tidak menipu.” ujarnya yang telah turun padang berkempen untuk calon-calon Pakatan Harapan dalam sesi dialog dan ceramah seluruh negara.

KLIK BACA: Rafidah: RAKYAT tunggu Najib akui atau nafi isu swasta tanah tentera

KLIK BACA: Tun M bimbang Najib tak mahu serah kuasa jika kalah PRU14

KLIK BACA: Tun Daim – PAS tumbang kerana Hadi, rakyat tak mati tanpa GST Najib

KLIK BACA: Najib agungkan sangat Transformasi kenapa? soalan maut pakcik dari Kedah

KLIK BACA: Mahathir serang Najib secara peribadi – Hadi Awang

KLIK BACA: PM sementara Najib sudah boleh berkemas tinggalkan Seri Perdana, PRU14 tsunami rakyat kian pasti

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share