Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengkritik manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Pakatan Harapan yang bercadang menghapuskan semua tol dalam tempoh 100 hari pemerintahan.

Najib berkata itu jelas mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab pembangkang kerana jika dilaksanakan hutang negara boleh meningkat sehingga RM1 trilion dalam tempoh itu.

“Sekarang hutang negara adalah sebanyak RM680 bilion atau 50.8 daripada KDNK negara dan jika ditambah RM380 bilion akibat pemansuhan tol, hutang kita boleh mencecah RM1 trilion dan keadaan itu kesan buruk pada negara dan generasi akan datang.

“Ini dasar tidak bertanggungjawab dan sebab itu tidak ada badan antarabangsa yang memberi pujian ke atas manifesto pembangkang berbanding pengiktirafan luar yang diterima selepas manifesto BN di lancarkan,” katanya.

Najib berkata rakyat tidak perlu termakan dengan janji palsu tersebut kerana selain tidak boleh dilaksanakan, janji itu juga adalah pelik kerana dibuat oleh seseorang yang saya sifatkan ‘bapa segala tol’ yang kini berjanji menghapuskan apa yang diwujudkannya sendiri sejak sekian lama. – Bernama

Nota Ana Ghoib: Pelik kenapa Najib tidak sebut manifesto PH cadang bukan sahaja hapus tol tetapi GST yang diketahui menjadi punca kenaikan harga barang.

Pelik juga sedikit kesilapan Tun Mahathir mengenai perjanjian konsesi tol tidak dapat dibetulkan Najib menteri kewangan terhebat dunia?

Lagi pelik cadangan pengurangan tol atau memberi pelepasan tol pada hari-hari tertentu bagi mengurangkan beban pengguna ditolak Najib yang begitu prihatin kesusahan rakyat?

Kapten industri baik dengan peniaga pedagang kaya di Malaysia tidak tahu bagaimana mengurangkan harga barang?

Perdana Menteri dan menteri kewangan tidak tahu bagaimana membuat rakyat hidup selesa pada kadar ideal seperti zaman Tun Mahathir?

Tak pandai menari papan lantai pula disalahkan panglima Bugis.

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Sempitlah dunia bila keberkatan dari Allah hilang…

KLIK VIDEO: Tidak boleh tuduh seseorang pencuri kecuali ada bukti, kata Najib

KLIK BACA: Najib cipta hashtag #TsunamiPHitnah, kononnya fitnah pembangkang tapi….

KLIK BACA: Puad wajib jadi calon bebas lawan Najib di Pekan, letak jawatan JASA tidak memadai

KLIK VIDEO: Bekas tentera Nasri Mat Jusoh jalan kaki dari Kuantan ke Putrajaya simbolik ubah kerajaan pada PRU14

KLIK BACA:  Mahathir terlalu tua dan lemah tak layak jadi perdana menteri lagi, kata Kamarul Azman Habibur Rahman

KLIK BACA: Dr Mahathir tamatkan sumpah Mahsuri Langkawi inikan pula sumpah Umno

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share