Dr Asri Zainul Abidin atau Dr Maza mengulas senario politik Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 [PRU14]. – Foto ihsan Sinar Harian

oleh Mufti Perlis Prof Dr Asri Zainul Abidin (Dr Maza)

Dalam persaingan politik kepartian yang sedang kita saksikan sekarang di negara kita, sebenarnya bukanlah percaturan pemilihan antara yang terbaik dalam kalangan yang baik.

Sebaliknya, ruang pemilihan yang paling kurang mudarat antara yang mudarat. Itulah realiti yang ada.

Jika kita cuba ‘beriman’ dengan segala dakwaan dan janji mereka, maka itu sebenarnya satu kesilapan yang besar. Cumanya, kita sedang mencari antara yang kurang temberang dalam kalangan yang temberang.

Sesiapa yang bersemangat mempercayai sepenuhnya apa yang dibawa mana-mana parti, maka dia akan kecewa. Apa yang kita sedang kita saksikan dari ahli politik yang berserban sehingga yang ke kelab malam, berbohong itu seakan rukun mereka dalam berpolitik.

Tuntutan agama ialah kita hendaklah berpegang dan berdiri atas prinsip. Sementara orang politik bicara mereka berubah berdasarkan musim undian dan kuasa yang ingin diperolehi.

Semalam mereka halalkan, hari ini mereka mengharamkan. Semalam mereka nerakakan , hari ini mereka beri lebel syurga. Semalam mereka bantah, hari ini mereka sokong. Bukan sahaja berita media mereka putar, nas-nas agama juga mereka pusing mengikut kehendak semasa mereka.

Justeru, apa yang kita perlu lakukan ialah memilih yang paling kurang bahaya iaitu yang lebih dekat untuk mencapai urustadbir negara yang lebih cekap dan telus.

Memang, sepatutnya kita mencari yang paling cemerlang dalam kalangan yang terbilang untuk diberikan tanggungjawab pentadbiran negara.

Namun, malangnya yang tinggal kini kita mencari siapakah yang dijangka kurang merosakkan urustadbir negara jika diberikan kuasa.

Parti-parti yang kita lihat bergegar dengan pelbagai slogan dan manifesto itu, jika kita selami dalaman mereka, kesemuanya sarat dengan pelbagai ketidaktelusan dan kerakusan terhadap kuasa.

Individu-individu yang memimpin setiap parti itu mempunyai pelbagai kehendak dan kepentingan diri. Di samping, kita tidak menafikan di sana ramai juga yang ikhlas dalam pelbagai parti yang ada.

Namun, mereka itu ‘ghuraba’ (orang asing) dalam lautan cita-cita politik yang sering kali mempunyai ‘kehendak peribadi’ yang dihiasi dengan ungkapan ‘demi kepentingan rakyat’.

Kepada Allah kita mengadu. Semoga Allah pelihara kita dari ketaksuban yang bodoh. Semoga Allah mengurniakannya kita mata nurani yang dapat membuat pemilihan yang betul.

Kita kena memilih yang paling cekap dan amanah. Jika tiada, yang mendekati kecekapan dan yang lebih dekat kepada amanah. Jika tiada, yang paling kurang korupsi dan paling kurang dangkal dalam urustadbir.

Namun, dalam masa yang sama, kita tidak akan mempercayai segala slogan mereka dengan sepenuh hati.

Kita tahu di musim ini, bukan sahaja harta dunia mereka janjikan, syurga dan neraka pun mereka beri jaminan seperti mana mereka menjamin geran tanah di dunia!!

Pohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Jadilah insan yang berprinsip dan dapat membezakan apa yang kita lihat di pentas kehidupan ini.

KLIK BACA: UMNO TERHARAM mungkin petunjuk Allah tanda kegagalan Najib yang tak boleh dimaafkan ahlinya.

KLIK BACA: Bayar balik duit rakyat, Rafidah beritahu pemimpin Umno

KLIK BACA: Polisi PANDIR pembangkang jejaskan ekonomi negara – Najib Razak

KLIK BACA: Bukan China saja, zaman Dr Mahathir projek besar pun dikecualikan cukai, kata Kastam

KLIK BACA: PM Mahathir tidak membazir, lagak sombong atau takbur dan pendengar suara rakyat

KLIK BACA: Mahathir tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal

KLIK BACA: Rafidah jawab Hisham sepupu Najib, Demi Allah setiap inci tanah tentera diswastakan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE