Ahli Parlimen Uttar Pradesh, Kuldeep Singh Sengar ditahan atas dakwaan merogol remaja berusia 17 tahun. – Foto IndianExpress

Polis India menahan seorang lagi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rogol seorang remaja membabitkan ahli politik parti pemerintah hingga mencetuskan bantahan seluruh negara, kata penyiasat persekutuan, hari ini.

“Kami menahan individu kedua semalam, seorang wanita, Shashi Singh ketika siasatan kes ini sedang berjalan,” kata jurucakap CBI, R.K Gaur.

Keluarga mangsa yang berjuang hampir setahun untuk meminta polis agar mendaftarkan kes mereka berkata, Shashi pernah membawa anak perempuan mereka untuk berjumpa dengan ahli parlimen terbabit atas alasan pekerjaan.

Ahli parlimen terbabit turut dikaitkan dengan kes rogol dan bunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, hingga mencetuskan bantahan besar-besaran yang tidak pernah dilihat sejak kejadian rogol dan bunuh seorang pelajar di Delhi pada 2012.

Kemarahan orang ramai memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Narendra Modi kerana parti Bharatiya Janata Party (BJP) pimpinannya dituduh cuba melindungi ahli parlimen terbabit dalam salah satu kes dan mempertahankan tuduhan dalam satu lagi kes lain.

Biro Siasatan Pusat (CBI) menahan Ahli Parlimen Uttar Pradesh, Kuldeep Singh Sengar, negeri yang di bawah pentadbiran parti BJP kerana didakwa merogol remaja berusia 17 tahun, tahun lalu.

Polis hanya bertindak terhadap ahli politik berpengaruh itu minggu lalu, selepas seorang mangsa cuba membakar diri di hadapan kediaman seorang pemimpin.

Sengar hadir di mahkamah pada hari yang sama dan diarahkan ditahan selama tujuh hari. – AFP

KLIK BACA: Veteran Umno Zaharin: Tentera, polis patut setia kepada Agong bukan parti Najib?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE