Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah istana merupakan pihak yang berkecuali dalam persaingan politik yang wujud dalam kalangan rakyat.

“Dalam suasana sekarang, saya mengambil kesempatan ini untuk memahamkan kita semua bahawa istana merupakan pihak yang berkecuali dalam persaingan politik yang wujud dalam kalangan rakyat.

“Istana tidak memihak kepada parti A ataupun parti B. Istana hanya berpihak kepada perlembagaan dan undang-undang yang dilaksanakan secara adil dan saksama,” titah Raja Muda Perlis yang dimuat-naik di laman Facebook Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin yang berjudul ‘istana dan pilihan raya’.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah istana juga sentiasa akur kepada kehendak rakyat selaras dengan perlembagaan dan demokrasi.

“Kemudian, istana juga akan sentiasa akur kepada kehendak rakyat yang selaras dengan perlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan yang digunapakai dalam negara ini.

“Istana tidak akan memberi komentar menyokong pihak politik A ataupun B,” titah baginda lagi.

Seterusnya baginda juga menegaskan agar kerajaan sentiasa adil, disamping mengingatkan menjadi kewajipan istana untuk membimbing rakyat kepada kesantunan budi dan keluhuran adat yang mulia.

“Menegaskan kepada kerajaan dan pentadbiran untuk sentiasa adil dan saksama kepada semua rakyat jelata tanpa mengira latar politik mereka.

“Melaksanakan program yang meninggikan maruah dan harga diri rakyat.

“Kepimpinan Istana ialah kepimpinan untuk semua rakyat secara saksama. Istana merentasi parti politik, agama dan warna kulit,” titah Tuanku Syed Faizuddin.

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan rakyat jangan mudah tertipu dengan ‘individu lidah bercabang’ yang menurut baginda bukan ingin menyelamatkan negara, tetapi takut apa akan terjadi kepada anak-anaknya.

Baginda tidak menyebut nama Dr Mahathit Mohamad, namun dipercayai kenyataan itu merujuk kepada beliau. Seterusnya, kenyataan itu menjadi tular di alam maya.

Ramai penyokong Mahathir dan Pakatan Harapan (HARAPAN) tampil menyatakan perasaan tidak setuju mereka dengan pandangan bakal pewaris takhta Johor itu.

Mahathir pula berkata kenyataan itu hanya akan menjadikan HARAPAN lebih popular.

Kemudian pada 9 April lalu, TMJ bertitah di sebalik perbezaan, rasa hormat antara satu sama lain harus dikekalkan…. KLIK BACA: Kita bagai haiwan jika tiada rasa hormat, kata Tunku Mahkota Johor

KLIK BACA: Rafidah soal LHDN jelaskan derma RM2.6 bilion Najib kalau benar dipulang mana bukti dan kena cukai atau tidak? 

KLIK BACA: Tanah tentera diswastakan, beranikah Najib-Hisham bersumpah nama Allah seperti Rafidah?

KLIK BACA: Mahathir tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal

KLIK BACA: Wardina: Penat dengan pemimpin bodoh, rasuah jadikan diri kaya-raya

KLIK BACA: Rakyat bukan setia sesuka hati mereka tidak bodoh – Kadir Jasin

KLIK BACA: Veteran Umno Zaharin: Tentera, polis patut setia kepada Agong bukan parti Najib?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE