Demonstrasi himpunan tangkap Jho Low anjuran Anak Muda Cari Jho Low [AMCJL]. – Foto Malaysiakini

Polis bertindak mengarahkan peserta perhimpunan “Tangkap Jho Low” di Kuala Lumpur bersurai beberapa minit sebelum ia dijadualkan bermula jam 2 petang ini.

Perhimpunan itu diadakan untuk menggesa penangkapan ahli perniagaan Low Taek Jho, yang merupakan tokoh penting dalam penyiasatan terhadap pengubahan wang haram di Amerika Syarikat dan dinamakan dalam siri saman pelucuthakan yang berkaitan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Shaharuddin Abdullah tiba di luar Sogo sejurus sebelum jam 2 petang dan mengeluarkan amaran kepada para peserta perhimpunan itu supaya bersurai.

Malaysiakini melaporkan sekumpulan anggota polis dilihat menarik aktivis pelajar Luqmanul Hakim dan Asheeq Ali untuk “berbincang”, manakala pengarah eksekutif Suaram Sevan Doraisamy cuba berunding dengan Shukri.

Penyokong melonjak ke arah pemimpin pelajar itu tetapi ditolak balik oleh polis sementara orang ramai yang menunggu terus melaungkan, “Tangkap Jho Low”.

Selain laungan, nyanyian dan spanduk, penganjur perhimpunan membawa beberapa replika kapal layar Equanimity yang pihak berkuasa AS dakwa dibeli Jho Low menggunakan dana yang dibasuh, potongan kadbod hartawan kelahiran Pulau Pinang itu memakai topi dan penutup mata lanun, serta potongan kadbod selebriti Paris Hilton yang dilaporkan berparti di atas kapal itu.

Himpunan tangkap Jho Low – Foto Malaysiakini

KLIK BACA: Rafidah soal LHDN jelaskan derma RM2.6 bilion Najib kalau benar dipulang mana bukti dan kena cukai atau tidak? 

KLIK BACA: Tanah tentera diswastakan, beranikah Najib-Hisham bersumpah nama Allah seperti Rafidah?

KLIK BACA: Mahathir tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal

KLIK BACA: Wardina: Penat dengan pemimpin bodoh, rasuah jadikan diri kaya-raya

KLIK BACA: Rakyat bukan setia sesuka hati mereka tidak bodoh – Kadir Jasin

KLIK BACA: Veteran Umno Zaharin: Tentera, polis patut setia kepada Agong bukan parti Najib?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE