Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak memiliki saham dalam kedai roti premium, The Loaf, yang menutup perniagaannya selepas 12 tahun beroperasi.

Katanya, beliau hanya memiliki 200 unit saham dalam sebuah syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

“Saham itu dianugerahkan kepada saya selepas merasmikan syarikat terbabit ketika menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Dr Mahathir mengulas laporan The Loaf menutup perniagaannya selepas 12 tahun beroperasi.

Penutupan The Loaf disiarkan menerusi satu notis yang dimuatnaik dalam media sosial bertarikh 9 April lalu yang ditujukan khusus untuk pelanggan mereka.

Notis itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab mengapa ia ditutup sebaliknya hanya berkata berpuas hati berjaya mencapai objektif utamanya.

KLIK BACA: Anwar seru rakyat berani, PRU14 peluang terbaik bebas dari belengu Umno-BN

KLIK BACA: Tanah tentera diswastakan, beranikah Najib-Hisham bersumpah nama Allah seperti Rafidah?

KLIK BACA: Mahathir tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal

KLIK BACA: Wardina: Penat dengan pemimpin bodoh, rasuah jadikan diri kaya-raya

KLIK BACA: Rakyat bukan setia sesuka hati mereka tidak bodoh – Kadir Jasin

KLIK BACA: Veteran Umno Zaharin: Tentera, polis patut setia kepada Agong bukan parti Najib?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE