Kesedaran rakyat di Melaka untuk berubah dengan menolak Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) turut tidak terkecuali berlaku di kawasan luar bandar.
Portal MalaysiaDateline melaporkan pengerusi AMANAH Melaka, Adly Zahari berkata, perkembangan mutakhir juga menyaksikan ramai pemimpin akar umbi Umno di kawasan kampung juga menyertai tsunami sokongan kepada Pakatan Harapan (PH).
Sehubungan itu, beliau menyifatkan gelombang perubahan tsunami rakyat bukan sahaja berlaku di bandar dan pinggir bandar malah penduduk di kampung juga tekad untuk menumbangkan Umno-BN.
Dun Melaka mempunyai 28 kerusi dan enam Parlimen dengan jumlah keseluruhan 495,645 pemilih berdaftar.
Kedudukan semasa menyaksikan BN menguasai empat kerusi Parlimen manakala PKR dan DAP masing-masing satu kerusi.
Di peringkat Dun, BN memegang 21 kerusi manakala DAP enam dan PKR menang satu kerusi sahaja.
KLIK BACA: Anwar seru rakyat berani, PRU14 peluang terbaik bebas dari belengu Umno-BN
KLIK BACA: Tanah tentera diswastakan, beranikah Najib-Hisham bersumpah nama Allah seperti Rafidah?
KLIK BACA: Mahathir tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal
KLIK BACA: Wardina: Penat dengan pemimpin bodoh, rasuah jadikan diri kaya-raya
KLIK BACA: Rakyat bukan setia sesuka hati mereka tidak bodoh – Kadir Jasin
KLIK BACA: Veteran Umno Zaharin: Tentera, polis patut setia kepada Agong bukan parti Najib?