Di sebalik perbezaan, rasa hormat antara satu sama lain harus dikekalkan, titah
Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Kita perlu menerima hakikat bahawa kita semua adalah berbeza, sama ada perbezaan berkaitan pemahaman politik, bangsa, agama serta kepercayaan dan lain-lain.

“Kita semua berbeza tetapi apa yang mesti kekal adalah rasa ‘hormat’. Kerana tanpa rasa hormat antara satu sama lain, kita bagaikan haiwan,” titah baginda.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata demikian setelah kenyataannya pada Sabtu malam dikatakan mengkritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu kenyataan yang menjadi tular di media sosial, tanpa menyebut nama, TMJ mengingatkan rakyat jangan mudah tertipu dengan “individu lidah bercabang” yang menurutnya bukan ingin menyelamatkan negara, tetapi takut apa akan terjadi kepada anak-anaknya.

Ramai penyokong Mahathir dan Pakatan Harapan tampil menyatakan perasaan tidak setuju mereka dengan pandangan bakal pewaris takhta Johor itu.

Mahathir pula berkata kenyataan itu hanya akan menjadikan HARAPAN lebih popular.

Menulis di Facebook JOHOR Southern Tigers hari ini, TMJ mengingatkan pada penghujung hari, ahli politik perlu memahami bahawa mereka perlu berkhidmat kepada rakyat dan bukan kepada ideologi parti politik.

“Tidak kira apa yang berlaku, jangan membebankan rakyat dan itu harus menjadi keutamaan. Selamanya bersama anda, Bangsa Johor,” titah baginda.

Nota Ana Ghoib: Mereka yang kaya itu cuma datang sekali sekala memberi pandangan menurut keselesaan dirinya kemudian hidup kembali dalam dunia terasing di atas awan.

Bukan mewakili suara keresahan rakyat sehari-hari membayar cukai malah mereka pula hidup ketakutan akibat tidak boleh bercakap lebih BENAR dan BETUL terhadap elite yang benar-benar terpalit skandal demi skandal sehingga membebankan lagi menghakis hidup rakyat serta kepercayaan dunia.

PAS membawa puaknya, negeri lain membawa kaumnya, pemimpin membawa kuncu-kuncunya untuk bersama menyokong beban kesalahan.

Sedangkan umum tahu majoriti rakyat yang realistik mengikut seorang pemimpin tua yang memberi harapan memperbetulkan keadaan.

Tidaklah boleh tertoleh-toleh kebelakang kisah silam yang menjadi dendam dan bukan kamu itu suci tak berdosa.

Tidaklah boleh juga menjadikan kesalahan lalu sebagai bahan tawaran atau ‘leverage’ apatah lagi membuatnya sebagai penghalang kepada kebaikan.

Membela rakyat bukan hanya laungan slogan kaum dan bangsa tetapi melalui polisi yang terbaik adil dan ideal disukai rakyat.

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA: Mahathir tak masuk wang negara dalam poketnya, kata Shafie Afdal

KLIK BACA: Wardina: Penat dengan pemimpin bodoh, rasuah jadikan diri kaya-raya

KLIK BACA: Rakyat bukan setia sesuka hati mereka tidak bodoh – Kadir Jasin

KLIK BACA: Teori MAHATHIR akan ganti ‘RAHMAN’, kata Kit Siang

KLIK BACA: Di negara lain pemimpin seperti Najib sudah lama diketepikan dan tidak diperlukan

KLIK BACA: Kadir Jasin: Tidak semua penjawat awam, polis, tentera, tali barut

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share