Annuar Musa mengingatkan pembangkang agar tidak memandang rendah kebijaksanaan rakyat, terutamanya apabila Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan berlangsung dalam masa terdekat. – Foto The Malay Mail

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata, rakyat bijak menilai apa yang Umno, sebagai parti yang memerintah negara, telah lakukan untuk mereka.

“Kami dah lali. Tiap-tiap kali pilihan raya, kami tidak pernah lalui dengan jalan mudah.

“Sebagai kerajaan, kami berdepan dengan fitnah setiap masa. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun orang tuduh dia, beliau telah buktikan kejayaannya,” katanya kepada media selepas merasmikan majlis Pemimpin Bersama Rakyat Menangani Fitnah Pembangkang Menjelang PRU14, di Ampangan, dekat Seremban malam tadi.

Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh berkata walaupun ramai yang berkata Malaysia akan bankrap, tetapi ekonomi negara di bawah Najib berkembang baik.

“Zaman Tun Dr Mahathir (Mohamad), Fitch Rating hanya pada tahap B tetapi zaman Najib Fitch Rating kita dapat A-.

“Masa zaman Mahathir rizab dalam negara hanya RM90 bilion, masa zaman Najib kita ada RM430 bilion rizab dan semasa zaman Mahathir ekonomi tumbuh pada kadar dua peratus tetapi pada zaman Najib ekonomi tumbuh pada kadar 5.6 peratus,” katanya.

Annuar berkata pembangkang sudah ketandusan isu untuk menyerang Najib dan kerajaan, mereka merasa kecewa kerana Najib lebih bijak daripada mereka dan tidak menari mengikut rentak bekas perdana menteri itu.

“Mahathir hentam-hentam Najib tetapi Najib tetap fokus, menguruskan ekonomi, baiki hubungan luar, pastikan ekonomi terus berkembang, rizab bertambah, mata wang kita kukuh dan memberi banyak bantuan yang pelbagai kepada rakyat.

“Sebab rakyat menilai semua tu. Kisah kejayaan ini akan tenggelamkan mereka selamanya,” katanya. – Bernama

Nota Ana Ghoib: Baik ada makna tu…. kepada yang tak faham cara rating bekerja dan rizab bolehlah kamu tipu.

Kalau setakat rizab era Najib nilai hari ini cuma hasil jual tanah dan world trade yang sudah lama diasaskan Tun Mahathir apa nak dibanggakan. Lembu punya susu, sapi punya nama…

Apatah lagi dengan hutang mencecah 1 trilion berbanding era Tun Mahathir.

Kalau setakat agensi rating yang cara mereka cari duit buat agensi dengan pekerja budak-budak ‘Yuppies’ warga asing duduk Singapore gaji puluh ribu sebulan dengan dibayar upah tertentu di mana pembayaran itu pula tidak telus – manakan tidak di era ‘cash is king’ Malaysia tidak mendapat rating tinggi.

Turun ke padang lihat apakah rata-rata rakyat menikmati faedah pertumbuhan atas kertas Najib yang dimegahkan Annuar?

Kamu fikir hidup rakyat boleh senang tenteram aman bahagia makan kertas rating S&P and Moody’s, Nomura, Fitch, papan manifesto atau bijirin mewah QUINOA.

Hutang bertimbun masih hutang lagi kerana megah bangunan tinggi guna modal asing atau orang asing pula datang buat IPO guna dana dalaman Malaysia kemudian bawa keluar.

Najib berpendidikan barat, kawan dan penasihatnya orang barat – manakala kelas ketua-ketua Umno tak pandang pun – hanya sekadar menjadi perisai memberitahu orang melayu semuanya baik dari polisi atau perbuatan salahnya.

Ambil contoh MAS, Felda, Khazanah…bla bla bla…

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA: Penjelasan Dr Mahathir – GST perlu kerana kerajaan membazir salah guna, hutang tinggi Najib hutang lagi..

KLIK BACARafidah ingatkan rakyat jangan bersubahat undi ahli politik korup yang menyamar semuanya baik

KLIK VIDEO: Dr Mahathir akui tua tapi ingatkan Najib jangan sombong dengan kesihatan

KLIK BACA: Najib kena sedar dia pun ‘tua’ juga macam Tun Mahathir

KLIK BACA: Saya rasa 1MDB sendiri bogelkan diri sebab tak tahan kepanasan – Hanipa Maidin

KLIK BACA: Tulisan mengejutkan Tan Sri Sanusi – Sirul pembunuh Altantuya?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share