Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin PH yang lain pada satu sidang media yang diadakan di Parlimen hari ini.– Foto TMI oleh Kamal Ariffin, 13 Mac, 2018.

oleh Yasmin Ramlan

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad menyindir PAS yang kini sanggup mengambil pandangan dari masyarakat bukan Islam untuk membentuk manifesto pilihan rayanya.

Dr Mahathir membangkitkan perkara itu kerana PAS sebelum ini menolak kerjasama dengan golongan bukan Islam sehingga menggelarkan orang Islam yang berbuat demikian sebagai “kafir”.

“PAS kalau bercampur dengan bukan Islam dia jadi kafir, tak akan dia boleh?

“Dia tak boleh (campur), orang yang pegang pada prinsip kalau campur dengan kafir dia akan jadi kafir,” katanya dengan sinis dalam satu sidang media hari ini.

Beliau juga menganggap PAS sebagai parti bukan Islam kerana pernah bekerjasama dengan parti DAP dalam Pakatan Rakyat sebelum ini,

“Sebelum ini sebab dia campur dengan DAP, saya anggap parti PAS ini tak Islam,” kata Dr Mahathir lagi.

Beliau mengulas manifesto PAS bersama parti Berjasa dan Ikatan dalam Gagasan Sejahtera yang diuar-uarkan sebagai “manifesto mesra bukan Islam”.

Manifesto berkenaan dijangka akan dilancarkan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada 18 Mac.

Menurut Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, manifesto bertemakan “Malaysia Sejahtera” itu mengandungi sembilan teras utama sebagai dasarnya, termasuk pengharmonian sistem perundangan dan tadbir urus negara selaras kehendak syariah. – The Malaysian Insight

KLIK BACA: Siapa polis cuba lindungi dalam kes 1MDB, soal Tony Pua

KLIK BACA: Najib jangan buat-buat tak faham, bermudah meningkatkan pendapatan kerajaan dengan cukai GST yang mencekik rakyat – Dr Dzul

KLIK BACA: Tulisan penuh TH Subky Latiff – Menyiasat Jho Low seperti menyiasat Najib

KLIK BACA: Tulisan terakhir Tan Sri Sanusi Junid – kita perlu jadi bangsa yang berani…

KLIK BACA: Tulisan mengejutkan Tan Sri Sanusi – Sirul pembunuh Altantuya?

KLIK BACA: Tun Mahathir jantan berani dari MO1 – peguam Hanipa Maidin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE