Pakar Strategi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Rais Hussin mencabar pihak yang menggubal manifesto BN berdebat dengannya berhubung tawaran kedua-dua parti. – Foto The Malay Mail

Ini susulan, pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadap manifesto Pakatan Harapan selepas ia dilancarkan seperti mengatakan negara akan mengalami defisit sekiranya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dimansuhkan seperti yang terkandung dalam manifesto HARAPAN.

“Kita ada lebih dari cukup. Kita ada banyak benda yang diperlukan.

“Bila BN takut-takutkan dengan cerita macam-macam, saya hanya nak beritahu, bila kita nak gubal manifesto, kita ada constructive engagement dengan semua pihak berkepentingan di Malaysia.

“Pada masa ini, segala kajian kita telah buat dan pertemuan dengan pihak berkepentingan dari semua golongan. Manifesto kita lengkap.

“(Jadi), lepas BN keluarkan manifesto mereka, kami mahu adakan debat bersama penulis manifesto mereka dengan kita.

“Kalau berani terima cabaran ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya lapor Malaysiakini.

KLIK BACA: Tulisan penuh TH Subky Latiff – Menyiasat Jho Low seperti menyiasat Najib

KLIK BACA: Tulisan terakhir Tan Sri Sanusi Junid – kita perlu jadi bangsa yang berani…

KLIK BACA: Muhyiddin – Saya tidak iktiraf dia Perdana Menteri pun

KLIK BACA: Tulisan mengejutkan Tan Sri Sanusi – Sirul pembunuh Altantuya?

KLIK BACA: Tun Mahathir jantan berani dari MO1 – peguam Hanipa Maidin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE