Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak peduli pada kritikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap manifesto pembangkang. – Foto FMT

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penerimaan rakyat terhadap janji-janji mereka lebih penting berbanding kenyataan bekas gandingannya dalam kerajaan itu.

“Respon masyarakat umum dari pelbagai peringkat sangat luar biasa. Saya lebih pandang itu dari (kenyataan) Najib.

“Saya tak iktiraf dia sebagai perdana menteri pun. Dia boleh komen apa-apa, madu beracun ke, kitar semula ke, tak logik ke.

“Tapi dia tak boleh pandang rendah pada kami pembangkang, nak kata kami tak cukup akal, bodoh, tak ada cendekiawan, pakar yang boleh analisis ekonomi.

“Jangan perkecilkan. Yang penting bagi saya, rakyat umum semua peringkat bangsa, agama lihat ia sebagai satu tawaran yang tak boleh ditolak.

“Yang penting penerimaan rakyat. Kalau belah sana nak kata macam-macam, ia lumrah,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat BERSATU di Putrajaya hari ini lapor Malaysiakini.

Sebelum ini di kawasan Muhyiddin iaitu Parlimen Pagoh, Najib menyifatkan janji-janji pembangkang sekadar “madu beracun”.

KLIK BACA: Tulisan penuh TH Subky Latiff – Menyiasat Jho Low seperti menyiasat Najib

KLIK BACA: Tulisan terakhir Tan Sri Sanusi Junid – kita perlu jadi bangsa yang berani…

KLIK BACA PENJELASAN: Jho Low macam mana ahli parlimen PH tak meradang? – Peguam Hanipa Maidin

KLIK BACA: Tulisan mengejutkan Tan Sri Sanusi – Sirul pembunuh Altantuya?

KLIK BACA: Tun Mahathir jantan berani dari MO1 – peguam Hanipa Maidin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE