Tun Dr Mahathir Mohamad ‘mengakui’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi banyak bantuan kepada negeri Kelantan berbanding zamannya menerajui kerajaan persekutuan.

Katanya, bantuan Najib kepada Kelantan itu kini menyebabkan rakyat Kelantan ‘kaya-raya’.

“Betullah, sebab itu orang Kelantan cukup ‘kaya’ sekarang. Pergi kira tengok.

“Kelantan merupakan negeri termiskin di Malaysia, pasal Najib lah bagi duit banyak,” kata perdana menteri keempat itu dengan nada menyindir pada sidang media di program Jelajah HARAPAN di Tanah Merah, hari ini lapor Malaysiakini.

Sebelum ini, Najib ketika lawatan ke Kelantan mendakwa beliau lebih banyak memberi bantuan kepada Kelantan sepanjang menjadi perdana menteri.

PAS melalui Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun menyatakan betapa negeri itu memberi petunjuk bahawa parti itu mampu mentadbir dengan lebih baik.

Katanya, PAS percaya parti itu dapat menyelesaikan isu kos sara hidup yang menekan rakyat ketika ini jika parti itu diberi kepercayaan menjadi kerajaan selepas pilihan raya umum (PRU) nanti.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, dakwaan beliau menganaktirikan Kelantan adalah tidak benar sama sekali.

Sebaliknya kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu, kerajaan Kelantan ketika itu tidak memberi kerjasama yang baik.

“Kita (nak) bagi bantuan, tetapi kenalah dapat kerjasama daripada kerajaan Kelantan.

“Apabila kerajaan Kelantan maki-hamun kita, (seperti apabila) kita nak bagi duit dia maki kita, susahlah sikit,” katanya.

“Kita bagi, bukan tak bagi. Ada rekod dalam kerajaan yang kita bagi duit pada Kelantan, ” katanya menangkis dakwaan BN yang mengatakan beliau meminggirkan Kelantan selama 22 tahun menerajui negara.

KLIK BACA: Selamat bersara Lim Guan Eng, ucap Najib

KLIK BACA PENJELASAN: Jho Low macam mana ahli parlimen PH tak meradang? – Peguam Hanipa Maidin

KLIK BACA: Tulisan mengejutkan Tan Sri Sanusi – Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya?

KLIK BACATun Mahathir semakin mendahului, pilih Najib umpama jerut leher sendiri

KLIK BACA: Zahid mesti sedia angkat sumpah Perdana Menteri ke-7, kata Mahfuz

KLIK BACA: Tun Mahathir jantan berani dari MO1 – peguam Hanipa Maidin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE