Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat negara ini sedar bahawa hanya kerajaan BN yang mampu menangani pelbagai isu berkaitan kepentingan rakyat.

Menurutnya, komitmen dan keprihatinan kerajaan tidak perlu dipertikaikan kerana kerajaan sentiasa meletakkan keperluan dan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

“Itulah kelebihan yang dimiliki BN dan tidak ada pada pembangkang. Mereka hanya melakukan perkara yang mempunyai kepentingan politik semata-mata, sedangkan soal rakyat diabaikan sehingga membebankan mereka.

“Mereka hanya pandai menimbulkan isu untuk mengapi-apikan perasaan rakyat, sedangkan mereka tidak mempunyai alternatif dan tidak mampu memberi penyelesaian,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Ekspo Terengganu 2018 di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, hari ini.

Jelas Najib, pembangkang sering kali memainkan isu kenaikan kos sara hidup tetapi tiada alternatif dan tidak mampu menyelesaikannya.

“Berbeza dengan kerajaan, kita ada alternatif lain dengan adakan Jualan Sentuhan Rakyat.

“Hari ini (semalam), rakyat dapat beli daging lembu dengan harga RM22 sekilogram tapi harga biasa lebih mahal daripada itu. Mungkin jimat RM7 hingga RM10. Ayam pun lebih kurang daripada harga biasa malah ikan kembung dan ikan-ikan lain masih segar dan rendah daripada biasa.

“Kita tak hentikan setakat jualan di ekspo ini sahaja tapi saya dah arahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), ia mesti diteruskan sekurang-kurangnya sekali atau dua kali setiap bulan di setiap parlimen. Ini penyelesaiannya,” katanya. – Sinar Harian

KLIK BACA PENJELASAN: Jho Low macam mana ahli parlimen PH tak meradang? – Peguam Hanipa Maidin

KLIK BACA: Tulisan mengejutkan Tan Sri Sanusi – Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya?

KLIK BACA: Berapa lagi model Mongolia perlu kita kebumikan, soal anak PM Australia

KLIK BACATun Mahathir semakin mendahului, pilih Najib umpama jerut leher sendiri

KLIK BACA: Zahid mesti sedia angkat sumpah Perdana Menteri ke-7, kata Mahfuz

KLIK BACA: Tun Mahathir jantan berani dari MO1 – peguam Hanipa Maidin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE