Tun Dr Mahathir boleh percaya kapal layar mewah Equanimity bukan milik Low Taek Jho tetapi perlulah ditunjukkan bukti.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak semalam yang mengatakan berita mengaitkan rampasan kapal itu di Bali dua hari lalu dengan ahli perniagaan itu adalah “berita palsu” kerana tiada bukti yang menunjukkan demikian.

“Macam mana dia tahu, saya nak minta surat daripadanya. Saya nak tahu siapa pemilik kapal itu, tunjuk (dokumen pemilikan kapal),” katanya selepas majlis kenduri doa selamat di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini lapor Malaysiakini.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Dr Mahathir turut mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa tidak akan ada tuntutan terhadap kapal itu kerana ia bukan milik kerajaan.

“Mana dia tahu, adakah dia pergi periksa kapal itu?, sindir Dr Mahathir.

“Setiap kapal mesti ada certificate of ownership (sijil pemilikan) dan dokumen lain, seperti dibeli di mana dan daripada siapa. Tunjuk dokumen itu dan saya percayalah,” katanya lagi.

Kapal yang didaftarkan di Kepulauan Cayman dilaporkan telah dibina khas untuk Low Taek Jho atau Jho Low dengan harga AS$250 juta (kira-kira RM1 bilion) dan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) mahu merampasnya dalam kes pelucuthakan aset yang didakwa diperolehi menggunakan dana yang disalah guna daripada 1MDB.

Dr Mahathir turut mengulas kenyataan Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah bahawa 1MDB akan ditutup selepas semua hutangnya habis dibayar.

“Saya nak tahu dari mana (1MDB) nak dapat duit (untuk bayar hutang sebesar itu). Selagi hutang tidak selesai, ‘along’ akan ketuk kepala dia.

“Hutang perlu diselesaikan pada jangka masa (ditetapkan), kita tak tahu (tentangnya) tetapi saya tak nampak ia mampu dibayar,” katanya.

Bekas perdana menteri itu turut memberi jaminan Jho Low, individu utama dalam skandal 1MDB, akan diburu jika HARAPAN mentadbir negara selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Dapat Jho Low saya nak perah dia biar keluar duit, (itu pun) kalau anda sokong Pakatan Harapan,” katanya.

KLIK BACA: Orang ambil dadah pun tahu Perdana Menteri adalah pegawai awam, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Kenapa Umno lebih sayang Jho Low dari Robert Kuok? 

KLIK BACA: Bagaimana manusia seperti ini boleh berkawan dengan pembesar negara – Mahfuz

KLIK BACA: PAS kesal negara rugi Swiss untung atas angin rampasan wang kerana Msia tidak mahu tuntut

KLIK BACA: Dr Mahathir jantan lebih berani dari MO1, kata peguam Hanipa Maidin

KLIK BACA: Datuk Kadir Jasin – Najib tidak fikir panjang laksanakan GST seolah-olah nak hukum rakyat jelata sepatutnya ambil hati

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share