Polis Republik Indonesia sedang membuat penilaianberkaitan dokumen yang didapati daripada kapal layar mewah milik ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low. – Foto Bali Berkarya

Timbalan Pengarah Jenayah Ekonomi dan Khas Kombes Daniel Silitonga berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti suspek dan akan mendedahkan maklumat lanjut setelah semua perkara itu selesai.

“Selepas ini kita akan siasat, menilai data-data dan dokumen yang kita dapat. Selepas itu baru kita kenal pasti suspek,” katanya seperti dilapor Detiknews, hari ini.

Daniel berkata kapal mewah itu juga disyaki terlibat dengan pengubahan wang haram serta pihaknya juga bersedia untuk mengambil tindakan lanjut.

Daniel berkata, pihaknya akan menyerahkan kapal itu kepada Amerika Syarikat (AS) jika diminta berbuat demikian.

“Yang penting, pada prinsipnya, kejahatan jangan sampai menang. Undang-undang yang harus menang,” katanya.

Daniel juga berkata pihaknya akan memberikan kerjasama yang baik dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), AS bagi menyelesaikan kes tersebut.

Semalam pihak berkuasa Indonesia dan anggota FBI merampas kapal layar mewah hartawan kontroversi Jho Low yang didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB, di Bali.

Dalam rampasan itu, 34 orang anak kapal berada di situ tetapi tiada kelibat Jho Low.

Aset AS$260 juta itu dijejak Jabatan Keadilan (DOJ), AS dalam siasatan mereka untuk menyita aset yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB.

Kapal yang didaftarkan di Kepulauan Cayman dilaporkan telah dibina khas untuk ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho @ Jho Low pada tahun 2014 pada harga AS$250 juta (kira-kira RM1 bilion).

KLIK BACA: Dr Mahathir jantan lebih berani dari MO1, kata peguam Hanipa Maidin

KLIK BACAKenapa Najib diam RM400 juta bakal dirampas Switzerland, soal Tony Pua

KLIK BACA: Undang-undang harus menang bukan kejahatan, kata polis Indonesia kes rampas kapal Jho Low-1MDB

KLIK BACA: Kapal Jho Low dirampas Indonesia, Malaysia pula gagal bertindak, kata Azmin

KLIK BACA: Datuk Kadir Jasin – Najib tidak fikir panjang laksanakan GST seolah-olah nak hukum rakyat jelata sepatutnya ambil hati

KLIK BACA: Kerana Peter Sondakh Indonesia, Felda Tersandar – Datuk Kadir Jasin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share