PERDANA Menteri Najib Razak menasihatkan pengguna jalan raya agar memandu dengan berhati-hati untuk pulang ke kampung bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Beliau turut meminta mereka yang pulang ke kampung mulai hari ini agar mematuhi peraturan jalan raya bagi memastikan perjalanan mereka selamat.

“Saya percaya ramai hari ini dah mula bersiap untuk pulang ke kampung bagi sambutan Tahun Baharu Cina.

“Saya harap pandulah berhati-hati dan patuhi undang-undang lalu lintas. Semoga dapat luangkan masa berkualiti bersama keluarga dan yang tersayang. Selamat bercuti!” katanya menerusi akaun Twitternya @NajibRazak hari ini.

Cuti umum bersempena Tahun Baharu Cina tahun ini, yang merupakan tahun anjing, bermula pada Jumaat ini dan berakhir pada Sabtu. – Bernama, 14 Februari, 2018.

KLIK BACA: Kalau Najib buat perkara tak betul mana mungkin Saudi benarkan masuk Kaabah, Makam Nabi

KLIK BACA: Siapa Sri Mulyani FM terbaik dunia apa cabarannya untuk Malaysia?

KLIK BACA: Jamal Yunos biadab suruh Tun Mahathir taubat

KLIK: Video kuliah Dr Radzi Jidin skandal penyelewengan wang negara paling dahsyat

KLIK BACA: “Apakah Jho Low berjasa kepada negara berbanding Dr Mahathir yang dikutuk hina”

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share