M. Gunasegaran yang menyerah diri dengan membawa mayat kekasihnya ke Balai Polis Damansara, didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan membunuh. – Foto ihsan NST

M. Gunasegaran, 37, seorang pengawal keselamatan didakwa telah membunuh seorang kerani, D. Tharani, 35, di tempat letak kereta Pasar Raya Giant Kota Damansara, pada 1.50 tengahari, 5 Februari lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Lelaki yang berbaju t-putih dan bekerja di tempat sama dengan mangsa itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan peguam M. Manoharan hadir sebagai peguam pemerhati kepada keluarga mangsa.

Mahkamah menetapkan 13 April untuk sebutan semula kes.

Turut kelihatan di galeri awam mahkamah adalah bapa mangsa, M. Devarajoo, 67, serta kakaknya D. Gunavathi. – Bernama

KLIK BACA: Jamal Yunos suruh Tun Mahathir taubat

KLIK BACA: Azalina: PANAS selain berita palsu komen juga akan dinilai samada berniat jahat

KLIK: Video kuliah Dr Radzi Jidin skandal penyelewengan wang negara paling dahsyat

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE