Sri Mulyani Indrawati Menteri Kewangan Indonesia dikenali sangat tegas terhadap rasuah hingga memilik ramai musuh yang memburuk-burukkannya.

DUBAI 12 Feb, 2018: Menteri Kewangan Indonesia Sri Mulyani Indrawati menerima Anugerah Menteri Terbaik di Dunia dalam Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia di Dubai semalam.

Anugerah itu disampaikan sebagai mengiktiraf sumbangan tokoh wanita 55 tahun itu dalam melaksanakan pembaharuan di republik itu.

Anugerah yang dinilai secara bebas oleh firma perunding antarabangsa Ernst & Young itu disampaikan oleh Emir Dubai Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum yang juga naib presiden dan perdana menteri Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Berkongsi kejayaan itu di Facebook, Sri Mulyani berkata beliau mendedikasikan anugerah itu kepada pemerintah bawah pimpinan Presiden Joko Widodo dan 257 juta rakyat Indonesia serta 78,164 kakitangan Kementerian Kewangan.

Katanya, mereka telah bekerja keras mentadbir kewangan Indonesia dengan penuh amanah dan iltizam tinggi.

“Berbagai upaya reformasi dasar telah dicanangkan di Kementerian Kewangan, bertujuan untuk mendorong dasar fiskal menuju pembangunan terangkum dan berterusan.

“Reformasi birokasi di Kementerian Kewangan juga sudah membuahkan banyak hasil,” katanya.

Beliau dinobat sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia pada 18 September 2006 oleh majalah Emerging Markets, IMF.

Beliau juga terpilih sebagai wanita ke-23 paling berpengaruh di dunia menurut majalah Forbes 2008 dan wanita ke-2 paling berpengaruh di Indonesia pada Oktober 2007 oleh majalah Globe Asia.

Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick memuji Seri Mulyani kerana berjaya mengemudi Indonesia mengharungi krisis kewangan global 2007-2010 dan ‘dihormati oleh rakan-rakan sejawatannya di seluruh dunia’. – Agensi

KLIK BACA: Dr Mahathir kata Najib anggap orang Melayu mudah ditipu, bodoh

KLIK: Video kuliah Dr Radzi Jidin skandal penyelewengan wang negara paling dahsyat

KLIK BACA: PRU14 diadakan sekarang jawabnya amat jelas BN akan bungkus

KLIK BACA: “Apakah Jho Low berjasa kepada negara berbanding Dr Mahathir yang dikutuk hina”

KLIK BACA: Rafizi kena penjara, tapak projek NFC naik belukar

KLIK BACA: Najib lebih parah berbanding Marcos, kata Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE