Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat supaya tidak melupakan beliau ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Malah dalam ucapannya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu sekali lagi memberi indikasi bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan tidak lama lagi.

“Tuan-tuan berhari raya hari ini. Tak lama lagi, kita ‘berhari raya’ untuk semua. Saya harap, jangan lupalah saya bila sampai masanya nanti (PRU14),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Mesra Rakyat bersempena sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniyar Swamy di sini hari ini lapor Astro Awani.

KLIK BACA: Prof Dr Redzuan Othman dedah faktat menarik sokongan PH naik selepas Dr Mahathir jadi calon PM

Thoha Putrajaya – Mukhtalan Fakhura

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. – (Al-Baqarah 2:264)

Qarun menjawab (dengan sombongnya): “Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya). – (Al-Qasas 28:78)

Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: “Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik”.

Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): “Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar”.

Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah” dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.

Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun – mulai sedar sambil berkata: “Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah juga yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!”

Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. – (Al-Qasas 28:78-83)

Tentang Mukhtalan Fakhura (sombong dan membanggakan diri)

Dalam Tafsir Al-Azhar, Prof Dr Hamka menjelaskan makna kata mukhtalan fakhura. Mukhtal artinya melagak, menyombong, merasa seakan-akan dunia ini dia yang punya. Bumi terasa dilangkahi, langit serasa dipersunting, dia merasa tinggi benar – Itulah sombongnya sikap hidup.

Sementara fakhur adalah cakap yang sombong, perkataan yang selalu meninggi, memandang rendah orang lain, seakan-akan diri tak ada tandingan. Bercakap tinggi, membanggakan diri, menyebut bahwa dia paling pintar atau gagah berani atau si anu pernah dibantunya dan membanggakan keturunan, nenek moyang, kabilah, dan suku.

Susunan Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Nasihat Ras Melayu Arab [Timur, timur…]

KLIK BACA: Prof Dr Redzuan Othman dedah faktat menarik sokongan PH naik selepas Dr Mahathir jadi calon PM

KLIK BACA: Najib disuruh jemput pemerhati antarabangsa kalau betul tiada penipuan PRU

KLIK VIDEO: Kadir Jasin dukacita berusaha tumbangkan Najib kerana…

KLIK BACA: Dr Mahathir: Orang muda fikir Najib ‘standard’ sebab tak pernah hidup di bawah pemerintahan saya

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share