MyMotor, anak syarikat MyEG Services Bhd membawa masuk 32 unit kereta import terpakai, Toyota C-HR untuk pasaran tempatan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MyMotor, Wong Thean Chye, berkata buat masa ini hanya lima unit ditawarkan iaitu varian 1.2 Turbo S-T dan G-T.

Katanya, model import sepenuhnya (CBU) dari Pasaran Domestik Jepun (JDM) itu ditawarkan pada harga bermula RM176,000 hingga RM185,000 bergantung kepada spesifikasi.

“Sebanyak 15 unit lagi akan tiba ke pasaran Malaysia sebelum sambutan Tahun Baharu Cina, manakala selebihnya selepas itu.

“Untuk masa sekarang, kita memiliki keseluruhan 32 unit tetapi jika permintaan lebih tinggi, kami akan menerima lebih banyak penghantaran dari Jepun,” katanya kepada media selepas majlis previu Toyota C-HR di sini, hari ini lapor BHOnline.

KLIK BACA: Dr Mahathir PM semula taubat paling baik betulkan kesalahan, kata Mufti Pulau Pinang

KLIK BACA: Lawak PH sama seperti BN umpama Coca-Cola dan Pepsi – Salleh Keruak

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share