Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, analisa dilakukan terhadap senario politik negara mendapati terdapat dua parti yang bersedia mengubah dasar negara. – Foto The Malaysian Insight

“Tukar individu tak menjamin negara jadi baik. Apatah lagi nak tukar (Datuk Seri) Najib, nak naikkan (Tun Dr) Mahathir (Mohamad)..lagi teruk, katanya. [Sinar Harian]

“Komitmen kita mahu tukar dasar. Sebab melalui sirah nabi sendiri Baginda tunjukkan di mana semua perkara mungkar yang berlaku adalah berpunca dari kerosakan dasar.

“Apabila akidah kita betul maka akan betul ekonomi, politik, sistem sosial dan undang-undang. Sebaliknya jika akidah rosak maka semuanya akan rosak,”katanya pada sesi Dialog Perdana yang dianjurkan Pas kawasan Tenggara di Dewan Chon Moi, malam tadi. – Sumber ihsan Sinar Online.

Nota Ana Ghoib: Ringkasnya kalau tukar individu itu kepada Hadi Awang sahaja maka negara akan jadi lebih baikkah, wahai Tuan Ibrahim adakah kamu sudah sahkan akidah dasar Hadi sahaja sangat betul benar?

Sebenarnya tak sabar bersama PH dan dengki enggan bergilir-gilir risau diri tak dapat menjadi PM lalu PAS ‘berpatah arang’ walhal tahu Allah berkuasa memberi kerajaan kepada siapa IA mahu.

PAS bersama PH menang PRU kamu kawal Jakim, Kementerian Kewangan, Pendidikan dan Kehakiman tidak bolehkah ditegakkan Islam atau perlu orang Islam PAS menjadi PM sahaja? Tak bolehkah kamu bersabar?

Mohd Shukri ahli PAS yang maut itu lebih bijak tahu strategi nampaknya. [Al Fatihah –  ada sebab Allah yang tahu sebelum berlaku dan sesudah berlaku sesuatu peristiwa itu mengizinkan arwah menulis nota tentang PAS.]

Kenapa diseduh racun momokan perkauman DAP oleh Umno yang kemudiannya menjadikan kamu sendiri bahan ketawa mereka?

Selain itu wahai parti cagar isteri yang mengaku lebih Islam dari orang lain – nabi manakah yang mengajar kamu berlaku demikian?

Umpamanya seperti Umno yang memiliki OSA dan *sumpah rahsia untuk menutup kebenaran dan keadilan disuarakan di kalangan ahli kamu pula memiliki baiah yang zalim mencerai isteri?

Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka halangi (manusia) dari jalan Allah; kerana itu mereka mendapat azab yang menghinakan. – Surat Al-Mujadilah 16

*Mereka melahirkan keimanan, padahal di dalam batin mereka memendam kekufuran. Mereka menutupi keadaan mereka yang sebenarnya dengan sumpah-sumpah dusta, sehingga awam yang tidak mengetahui keadaan mereka menyangka mereka benar. Maka teperdayalah ia, dan berhasillah cara mereka dalam menghalangi sebahagian manusia dari jalan Allah.

*Balasannya penghinaan untuk mereka dari Allah kerana mereka menyebut-Nya dalam sumpah-sumpah dusta mereka.

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA: Giliran Dr Mahathir soal ulama berkenaan hukum halal haram duit curi, haji, politik

KLIK BACA: Tanah Felda di Jalan Semarak hilang buat selama-lamanya, kata Rafizi

KLIK BACA: Pelik Bank Negara beli tanah 2 bilion cetak wang baru 2 bilion – Datuk A Kadir Jasin

KLIK BACA: Biar Malaysia cipta rekod tumbangnya seorang kleptokrat kepada lelaki berusia 93 tahun

KLIK BACA: Dr Mahathir, anak Najib diseru nasihat bapa sendiri etika hidup Tun Razak

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share