Ringgit yang lemah melewatkan pemulihan Malaysia Airlines, kata Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Azman Mokhtar.

Beliau berkata semasa pelan penyusunan semula bagi syarikat penerbangan nasional itu dibuat, ringgit dijangka diniagakan antara RM3.90 dan 3.95 berbanding dolar AS.

“Pada 2017, ringgit berlegar sekitar RM4.40 berbanding dolar AS. Ia diterjemahkan secara langsung kepada kira-kira setengah bilion kepada pendapatan Malaysia Airlines dengan cara yang negatif,” katanya kepada pemberita pada kajian semula tahunan syarikat itu hari ini.

Pemulihan syarikat penerbangan itu akan lewat antara 6 dan 12 bulan disebabkan oleh kesan mata wang, katanya.

Bagaimanapun, Azman berkata, pelan pemulihan itu masih beroperasi dalam tempoh masa yang dijangkakan dan syarikat penerbangan tersebut dijangka mendapat pulang modal pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya pada separuh pertama tahun depan.

“Apabila kami membuat (pelan pemulihan itu) 3 tahun lalu, kami menyasar syarikat penerbangan tersebut disenaraikan atau akan disenaraikan menjelang 2019, dan keuntungan merupakan satu daripada kriteria untuk disenaraikan,” katanya. – Bernama

VIDEO: Najib ‘bintang’ BBC House of Saud isu korupsi di Arab Saudi

KLIK BACA: Zalim? Guru, pegawai sokong pembangkang letak letak jawatan , kata menteri

KLIK BACA: Antara ‘dua kejahatan’ jangan pilih mana-mana, kata Ahmad Fadhli Naib Ketua Pemuda PAS

KLIK BACA: Doa Najib di Mekah tanah Felda dapat semula, kata Shahrir

KLIK BACA: Mahathir calon PM gembirakan pelabur asing – ringit naik, kata bekas Timbalan Pengarah Bank Negara

KLIK BACA: Mahathir bagi subsidi sekarang Najib perah duit rakyat, kata anak bekas presiden PAS

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE