Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir berkata rakyat harus menolak pemimpin bersikap hipokrit yang menunjukkan imej alim sedangkan hakikatnya menyimpang dari landasan dan mengamalkan rasuah.– Foto TMI, 15 Januari, 2018.

oleh Mohd Farhan Darwis

RAKYAT tidak harus tertipu dengan propaganda pemimpin negara yang menunjukkan imej warak dengan bergambar di hadapan Kaabah, kata Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir.

Mukhriz berkata, rakyat harus menolak pemimpin bersikap hipokrit yang menunjukkan imej alim sedangkan hakikatnya menyimpang dari landasan dan mengamalkan rasuah.

Beliau menggunakan slanga popular anak muda – pada “tahap gaban” untuk menggambarkan bahawa kesalahan rasuah itu sangat berat.

“Walaupun mereka memimpin negara sekarang, saya tak kiralah kalau ada pemimpin tertinggi kerajaan mendirikan umrah bergambar (di) makam Rasulullah dan Kaabah,” katanya.

“Tapi kita tahu dia jauh menyimpang dari landasan sebenar dan rasuah tahap gaban kita tetap tolak dia. Ini semua propaganda,” katanya.

Kenyataannya itu merujuk kepada mereka yang mengambil kesempatan menunaikan umrah bersama anggota keluarganya semasa lawatan ke Arab Saudi pada hujung minggu lalu.  – Read more The Malaysian Insight

KLIK BACAFelda: Jika bukan Najib, siapa?

KLIK BACA: Soalan Tun M sambil candat sotong pun Hadi boleh jawab siapa calon PM PAS

KLIK BACABergambar depan Kaabah tapi rasuah ‘tahap gaban’, kata Mukhriz

KLIK VIDEO: Tugas PM Mahathir baiki kerosakan Putrajaya, kata Muhyiddin

KLIK BACA: Tun Mahathir saja boleh selesai krisis hutang negara, kata Shafie Apdal

KLIK BACA: Najib pulangkan derma ribuan JUTA kepada siapa sebenarnya?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share