Kerbau itu sering berkunjung ke belakang premis perniagaannya untuk meminta minuman kesukaannya itu. – Foto Mymetro

Kerbau betina yang diberi nama Mek mencuri perhatian ramai apabila gemar meminum teh o ais yang diperolehi di gerai makan di Jeti Nelayan, Kampung Selinsing, dekat sini.

Gelagat Mek yang ternyata mencuit hati turut menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Pemilik kerbau berkenaan, Fikri Ezani Wan Chik, 34, berkata, kerbau itu mula meminum minuman itu sejak dia dibeli pada usia sembilan bulan.

Katanya, ketika dibeli dan dipisahkan daripada ibunya, haiwan itu merajuk tidak mahu makan dan minum selama beberapa hari.

“Kebiasaannya kerbau meminati minuman air gula merah dan air garam namun Mek langsung tidak. Selepas pelbagai usaha dilakukan akhirnya dia berjaya dipujuk dengan sebungkus tea o ais yang kebetulan saya beli untuk diminum sendiri.

“Sejak dari itu, dia sering minum minuman seperti manusia seperti Milo, Kopi, namun lebih menggemari Teh O Ais,” katanya lapor Harian Metro.

Sementara pemilik gerai, Jamilah Osman, 49, berkata, kerbau itu sering berkunjung ke belakang premis perniagaannya untuk meminta minuman kesukaannya itu.

Katanya, setiap hari, Mek akan berjalan hampir satu kilometer dari rumah pemiliknya dan singgah dipremisnya untuk menikmati minuman kegemarannya itu.

“Haiwan itu akan berkunjung ke premis ini untuk minuman Teh O Ais sebanyak dua kali setiap hari iaitu pada sebelah pagi sekitar 10 pagi dan 5 petang.

“Namun menariknya Mek hanya berkunjung ke belakang premis perniagaan dan tidak datang ke bahagian hadapan untuk mengambil minuman kegemarannya itu. Malah hanya akan minum minuman itu jika seseorang menuangkan ke dalam mulutnya,” katanya.

Menurut Jamilah, setiap hari Mek akan minum dua atau tiga bungkus minuman di kedainya namun dia langsung tidak merasa terbeban dengan Mek.

TERKINI: Ibu bapa ke Paris cari Norsakinah hilang

TERKINI VIDEO: DALAM PERLEMBAGAAN AGONG BOLEH SINGKIR PM, TEGAS PEGUAM HANIFF KHATRI

TERKINI: TUN MAHATHIR – TAHNIAH PROPAGANDA BERJAYA TIPU NAJIB

TERKINI: Pelaburan puluhan bilion di Malaysia tapi modal tempatan? – Datuk A Kadir Jasin

TERBARU: Keluarga Norsakinah pelajar hilang di Paris buat solat hajat

TERKINI: Ibu minta orang awam padam video anak dipukul, dibogxlkan

KLIK BACA: Bekas penolong pegawai KPWKM dihukum penjara 21 tahun

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE