Tun Dr Mahathir Mohamad yang dipilih sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) ialah tawaran terbaik gabungan pembangkang kepada rakyat, kata Datuk Seri Azmin Ali.

Naib Presiden PH itu berkata, usia bekas perdana menteri itu bukan penghalang untuk PH memilihnya kerana beliau mampu meyakinkan rakyat memilih gabungan 4 parti pembangkang itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Keutamaan kita untuk turun bawah yakinkan rakyat, ini terbaik untuk ditawarkan kepada rakyat,” katanya selepas merasmikan penyerahan Masjid Zakaria di Jalan Gombak, hari ini lapor Free Malaysia Today.

“Kalau boleh yakinkan rakyat apa untuk terima, apa salahnya? Kita negara demokrasi. Kita bukan paksa rakyat untuk terima, tetapi kita tawarkan pilihan terbaik yang boleh kita bagi.”

Ahad lalu, PH mengumumkan Pengerusinya, Dr Mahathir dipilih sebagai calon perdana menteri, jika gabungan 4 parti pembangkang itu memenangi PRU14.

Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah turut mengumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipilih sebagai timbalan perdana menteri.

PKR Selangor bagaimanapun dilaporkan enggan menyokong keputusan Majlis Presiden PH itu. – MDN

KLIK BACA: Anwar dibebaskan, ‘Raja Kembali…’

KLIK BACA: Najib pulangkan derma ribuan JUTA kepada siapa sebenarnya?

KLIK BACA: Kerajaan Najib, Shafee diarah jawab ‘bayaran RM9.5 juta’ kes Anwar oleh Mahkamah Tinggi

KLIK BACA: Mana mungkin pembunuh jadi PM, kata balu Ibrahim Libya Memali ulas pencalonan Tun M

KLIK BACA: PRU14 sebelum Anwar bebas kalau tak ‘masalah’, kata Prof Redzuan Othman

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE