Ringgit mencecah paras 3.96 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dengan prospek cerah untuk mata wang tempatan itu menguji paras 3.95 pada bila-bila masa,.

Perkembangan positif itu disokong oleh penyiaran Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) yang lebih tinggi berbanding jangkaan.

Pada jam 12 tengah hari, unit tempatan mencatatkan 3.9690/9720 berbanding dolar AS, meningkat 160 mata asas berbanding 3.9850/9900 pada penutupan semalam.

Kali terakhir peningkatan ringgit menghampiri paras itu ialah pada Mei 2016.

Seorang peniaga berkata, sentimen ke atas ringgit meningkat susulan IPP negara mencatatkan lima peratus pada November, menolak naik IPP setahun penuh kepada 4.7 peratus, yang memberi isyarat mengenai kedudukan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh bagi suku keempat 2017.

Beliau berkata, ringgit menerima manfaat apabila minyak mentah Brent ditutup melepasi AS$70 setong semalam, angka tertinggi sejak Disember 2014, yang akan meningkatkan hasil negara daripada sumber minyak dan gas.

Unit tempatan itu juga mengukuh susulan dolar AS yang lemah berikutan penyiaran data harga pengeluar AS, penurunan buat kali pertama dalam tempoh hampir satu setengah tahun pada Disember.

“Dengan mengambil kira semua faktor, ringgit dijangkakan meningkat 3.95 kepada dolar AS dalam jangka sederhana,” katanya. – Bernama

KLIK BACA: Anwar dibebaskan, ‘Raja Kembali…’

KLIK BACA: Najib pulangkan derma ribuan JUTA kepada siapa sebenarnya?

KLIK BACA: Kerajaan Najib, Shafee diarah jawab ‘bayaran RM9.5 juta’ kes Anwar oleh Mahkamah Tinggi

KLIK BACA: Mana mungkin pembunuh jadi PM, kata balu Ibrahim Libya Memali ulas pencalonan Tun M

KLIK BACA: PRU14 sebelum Anwar bebas kalau tak ‘masalah’, kata Prof Redzuan Othman

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE