Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membawa lebih banyak pembangunan kepada Kelantan berbanding ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar, yang juga naib presiden PAS berkata ia berikutan wujud hubungan yang lebih baik antara kerajaan negeri pimpinan PAS dan kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) ketika ini walaupun terdapat perbezaan ideologi antara kedua-dua parti.

“Keadaan sekarang jauh berbeza ketika Dr Mahathir memimpin negara. Beliau ketika itu dilihat meminggirkan Kelantan dalam aspek pembangunan akibat perbezaan politik.

“Namun demikian, semuanya berubah di bawah kepimpinan Najib (yang tidak menganaktirikan Kelantan) kerana banyak perubahan (terutama aspek pembangunan) telah berlaku di Kelantan ketika ini,” katanya.

Mohd Amar berkata era pemerintahan Dr Mahathir seharusnya telah berlalu dan Pakatan Harapan tidak sepatutnya menamakan beliau sebagai calon perdana menteri. – Bernama

KLIK BACA: Anwar dibebaskan, ‘Raja Kembali…’

KLIK BACA: Najib pulangkan derma ribuan JUTA kepada siapa sebenarnya?

KLIK BACA: Kerajaan Najib, Shafee diarah jawab ‘bayaran RM9.5 juta’ kes Anwar oleh Mahkamah Tinggi

KLIK BACA: Mana mungkin pembunuh jadi PM, kata balu Ibrahim Libya Memali ulas pencalonan Tun M

KLIK BACA: PRU14 sebelum Anwar bebas kalau tak ‘masalah’, kata Prof Redzuan Othman

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE