Pencapaian masyarakat India di negara ini di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jauh lebih baik berbanding ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui kepimpinan negara selama 22 tahun, kata Presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas.

Beliau berkata semasa di bawah pemerintahan perdana menteri keempat itu dari 1981 sehingga 2003, masyarakat India sering dipinggirkan dalam agenda pendidikan, ekonomi dan pembangunan negara.

“Masyarakat India tidak boleh terima dan (perlu) menolak sepenuhnya Dr Mahathir (sebagai calon perdana menteri) kerana apa yang beliau lakukan semasa pemerintahannya memberi kesan yang tidak baik terhadap masyarakat India.

“Beliau (Dr Mahathir) tidak pernah mempedulikan dan meminggirkan pembangunan sekolah, usahawan, kuil, NGO serta parti politik masyarakat India,” katanya kepada Bernama selepas menyerahkan buku latihan dan kalendar kepada murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kuala Terla di sini, hari ini. – Bernama

KLIK BACA: Anwar dibebaskan, ‘Raja Kembali…’

KLIK BACA: Najib pulangkan derma ribuan JUTA kepada siapa sebenarnya?

KLIK BACA: Kerajaan Najib, Shafee diarah jawab ‘bayaran RM9.5 juta’ kes Anwar oleh Mahkamah Tinggi

KLIK BACA: Mana mungkin pembunuh jadi PM, kata balu Ibrahim Libya Memali ulas pencalonan Tun M

KLIK BACA: PRU14 sebelum Anwar bebas kalau tak ‘masalah’, kata Prof Redzuan Othman

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE