Adik pelakon Datuk Farid Kamil mendedahkan abangnya mungkin mengalami masalah mental dan “amat merindui” dua anak.

Fadzil Zahari, 34, berkata pengarah filem itu menyatakan kerinduan tersebut dalam pertemuan mereka tiga hari lalu, lapor portal Kosmo!

“Dia kelihatan murung namun saya tidak sangka dia bertindak sebegini.

“Dia mungkin mengalami masalah mental yang kami keluarga sendiri tidak begitu pasti tentangnya,” katanya di luar mahkamah pagi tadi.

Farid, 37, berkahwin dengan pelakon Diana Daniella, 27, pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata Mohamad, 5, dan Nur Aurora, 3 tahun.

Beliau direman empat hari bagi membantu siasatan atas beberapa kesalahan termasuk menampar polis dan menggunakan dadah jenis ganja.

Isterinya dilaporkan tidak kelihatan di mahkamah di sini hari ini. Fadzil juga memberitahu beliau tidak dapat menghubungi aktres tersebut.

Sebelumnya Majistret Zaki Asyraf Zubir mengeluarkan perintah reman pelakon “Anak Halal” itu bagi siasatan bawah empat seksyen berlainan bagi tiga akta. – MDN

KLIK BACA: Anwar dibebaskan, ‘Raja Kembali…’

KLIK BACA: Najib pulangkan derma ribuan JUTA kepada siapa sebenarnya?

KLIK BACA: Kerajaan Najib, Shafee diarah jawab ‘bayaran RM9.5 juta’ kes Anwar oleh Mahkamah Tinggi

KLIK BACA: Mana mungkin pembunuh jadi PM, kata balu Ibrahim Libya Memali ulas pencalonan Tun M

KLIK BACA: PRU14 sebelum Anwar bebas kalau tak ‘masalah’, kata Prof Redzuan Othman

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE