Pelakon Diana Danielle tidak pernah melarang suaminya Datuk Farid Kamil Zahari bertemu dua anak mereka.

Sekali gus aktres filem Hanyut menafikan pengarah itu kemurungan setelah dihalang bertemu Mohamad, 5, dan Nur Aurora, 3, lapor Berita Harian.

Dalam satu temubual eksklusif, wanita itu berkata apabila beliau keluar berkerja, kedua-dua zuriatnya itu akan dijaga ibunya.

“Rumah ibu hanya setingkat bawah rumah saya iaitu di kondominium yang sama. Dia boleh berjumpa anak-anak dengan mudah kalau dia mahu,” kata Diana.

Adik pelakon lelaki itu, Fadzil Zahari, 34, pula mendedahkan abangnya mungkin mengalami masalah mental dan “amat merindui” dua anak.

Menurutnya, Farid meluahkan rasa rindu untuk bertemu dua anak itu dalam pertemuan mereka tiga hari lalu, lapor Kosmo!.

Pelakon berusia 37 tahun itu direman empat hari bagi membantu siasatan atas beberapa kesalahan, termasuk menampar polis dan menggunakan dadah. – MDN

KLIK BACA: Anwar dibebaskan, ‘Raja Kembali…’

KLIK BACA: Najib pulangkan derma ribuan JUTA kepada siapa sebenarnya?

KLIK BACA: Kerajaan Najib, Shafee diarah jawab ‘bayaran RM9.5 juta’ kes Anwar oleh Mahkamah Tinggi

KLIK BACA: Mana mungkin pembunuh jadi PM, kata balu Ibrahim Libya Memali ulas pencalonan Tun M

KLIK BACA: PRU14 sebelum Anwar bebas kalau tak ‘masalah’, kata Prof Redzuan Othman

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE