Timbalan Pengerusi Zuraida Kamaruddin berkata pengerusinya, Azmin Ali, juga tidak tahu tentang kenyataan bersama PPBM, DAP dan Amanah. – Foto FMT

PKR Selangor tidak dimaklumkan tentang kenyataan bersama PPBM, DAP dan Amanah negeri menyokong pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri gabungan itu untuk pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin berkata pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga tidak tahu tentang kenyataan bersama menyokong keputusan majlis presiden PH itu.

“Kenyataan itu tidak dibuat melalui struktur PH Selangor yang dipengerusikan Datuk Seri Azmin Ali,” katanya lapor Free Malaysia Today.

“Saya tidak pasti sama ada kenyataan itu adalah satu gabungan atau secara individu.”

Semalam, PPBM, DAP dan Amanah negeri dalam kenyataan bersama yang ditandatangani Pengerusi PPBM Selangor Datuk Abdul Rashid Asari, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dan Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim menyokong keputusan majlis presiden PH menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri gabungan itu. – MDN

KLIK BACA: Anwar dibebaskan, ‘Raja Kembali…’

KLIK BACA: Najib pulangkan derma ribuan JUTA kepada siapa sebenarnya?

KLIK BACA: Kerajaan Najib, Shafee diarah jawab ‘bayaran RM9.5 juta’ kes Anwar oleh Mahkamah Tinggi

KLIK BACA: Mana mungkin pembunuh jadi PM, kata balu Ibrahim Libya Memali ulas pencalonan Tun M

KLIK BACA: PRU14 sebelum Anwar bebas kalau tak ‘masalah’, kata Prof Redzuan Othman

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE