Negara memerlukan pemimpin yang berpolitik dengan baik dengan menjaga hak serta kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa atau agama dan bukannya politik kebencian, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata politik kebencian yang diamalkan oleh pihak pembangkang tidak mencerminkan nilai murni dan norma yang baik untuk masyarakat.

Beliau berkata sebagai sebuah kerajaan, Barisan Nasional (BN) tidak menjanjikan ‘bulan dan bintang’ dan berusaha semampu mungkin untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dan mengutamakan kepentingan negara.

“Contohnya pada 1 Januari lepas, kerajaan telah mansuhkan kutipan tol di empat buah plaza tol, melaksanakan Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (Adam50), memberikan bantuan kepada nelayan, pekebun kecil dan bantuan persekolahan. Ini tidak termasuk bantuan pendidikan percuma.

“Insya-Allah kerajaan akan terus lakukan perkara ini sebab negara diurus dengan baik. Sebut sahaja tentang keselamatan, hubungan antara kaum, memperjuangkan syiar Islam, kebajikan rakyat, ekonomi negara… Alhamdulillah semuanya bertambah baik begitu juga dengan prasarana untuk rakyat akan terus dilaksanakan.

“Seluruh Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah (telah dan) akan berubah wajah kerana di bawah Umno, inilah yang kita lakukan.

“Kita (pemimpin Umno dan BN) bukan orang yang tabur janji atau mainkan politik kebencian, mengata, mengumpat dan kutuk negara dengan kata-kata kesat,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan kepada murid sekolah rendah kawasan Parlimen Pekan di sini, hari ini. – Bernama

KLIK BACA: Kenapa Tun Mahathir dipilih PM Pakatan Harapan, ini sebabnya…

KLIK VIDEO: Saya percaya Hadi sedang menangis kerana kesan AMANAT – Dr Hasan Ali

KLIK BACA: Dr Mahathir: Akta MKN beri Najib kuasa lebih dari Agong

KLIK BACA: RCI 1MDB tak perlu apa salahnya sayang isteri, sindir Tun Mahathir 

KLIK BACA: 1MDB doa rakyat teraniaya akhirnya dimakbul Allah – Datuk Kadir Jasin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE