“Dia orang tua dah. Biar dia insaf sendirilah,” demikian jawapan balas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap serangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabel beliau sebagai kafir dan pengkhianat.

Abdul Hadi tidak menafikan kata-kata bekas perdana menteri itu agak melampau namun masih tetap memaafkannya dan berharap beliau berfikir dengan sebaiknya serta insaf atas perbuatannya.

“Biar dia fikir dan duduk sorang-sorang, dia kena baca banyak buku. Tapi jangan pula baca buku perubatan saja, buku (agama) Islam pun kena baca. Saya biarkan dia insaf dan mudah-mudahan dia insaf. Antara saya dengan dia, saya maafkan. (Tapi) antara dia dengan Tuhan, dia kena taubat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang melabelkan Abdul Hadi sebagai kafir dan pengkhianat kerana bekerjasama dengan Umno, selepas majlis pelancaran Markas Besar PAS bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) N20 Pengkalan Berangan, dekat sini, malam tadi. – Bernama

Nota Ana Ghoib: Hadi Awang tidak tahu bahawa taubat itu diterima dengan mengakui dosa?

Kamu  tidak mengaku jika ada saham dosa menghasut Amanat Hadi sampai ada yang jadi melampau hingga menyebabkan orang tua Mahathir bertindak jadi bagaimana Allah mahu mengampunkan kamu?

Kalau kamu berdua mengaku, bertaubat dan berdamai dengan takdir maka tutuplah sudah kisah Memali ini.

Masalahnya hanya Mahathir yang selalu disalahkan dan mengaku dan soal taubat rahsia antara dia dengan Allah manakala kamu yang nampak mengelat tidak mengaku jangan angkuh gunakan kalimat taubat untuk mengenakan orang.

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA: RCI 1MDB tak perlu apa salahnya sayang isteri, sindir Tun Mahathir 

KLIK BACA: Serangan Tun Mahathir terhadap Najib, Tuan Ibrahim mimpi ke mengigau PAS pula kena serang?

KLIK BACA: UMNO kini nyata ketakutan, apa salahnya Tun Mahathir jatuhkan Najib

KLIK BACA: Peguam mahu soal Jho Low kes saman berlian pink Rosmah

KLIK BACA: 1MDB doa rakyat teraniaya akhirnya dimakbul Allah – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Perwakilan AGM PPBM berbaju Melayu bawa keris lebih besar dan lurus dari UMNO

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share