Datuk Seri Hasmiza Othman mendedahkan bahawa beliau pernah ‘dilamar’ sebuah parti politik untuk menyertai dan bertanding mewakili mereka namun ditolak secara baik.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Datuk Seri Vida, berkata, penolakan itu adalah disebabkan beban komitmen yang tinggi jika menjadi ahli politik atau wakil rakyat.

“Ada diajak secara lisan… tapi tak mahulah, saya tak boleh beri komitmen, masa yang ada sekarang juga tak cukup nanti terbelah dua badan saya,” katanya dalam wawancara lapor Sinar Harian.

Dalam pada itu katanya, ketiadaan ciri ketokohan seorang YB dalam dirinya juga membuatkan beliau tidak mahu memasuki gelanggang politik.

“Taklah sayang, saya tak ada tokoh, lagi pun masa saya sibuk, kalau kita lihat ahli politik jadual mereka padat, jadi tak mahulah saya,” katanya lagi.

“Antaranya adalah fokus saya untuk membina sekolah Tahfiz di Tanah Merah, Kelantan. InsyaAllah saya akan keluarkan lagu kedua saya, jadi tunggu,” katanya.

KLIK BACA: Siapa Puad maksudkan MAFIA Felda, Ratu Naga jawab misteri?

KLIK VIDEOSaya lebih tua dari Felda, dulu tanah tak boleh nak curi

KLIK BACA: Kes tanah Felda untuk alih perhatian skandal 1MDB, kata bekas pegawai Isa Samad

KLIK BACA: Betulkah ketua SPRM hendak dipecat, tanya peguam Dr Mahathir

MESTI BACA: Kerajaan Ghairah Mencukai Rakyat Pokai – Datuk Raja Kamarul Bahrin

KLIK BACA: Jangan benci Mahathir sampai tidak fikir masa depan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE