Kuala Lumpur – Pelakon veteran yang terkenal dengan watak samseng iaitu Latiff Borgiba meninggal dunia pada Khamis ketika menyambut hari lahirnya yang ke 80 tahun.

Beliau meninggal dunia di kediamannya di Flat Danau Kota, Setapak dekat sini kira-kira pukul 3.43 petang Khamis akibat sukar bernafas akibat sakit paru-paru.

Latiff atau nama sebenarnya Abdul Latiff T.K Gomu dikenali dengan watak jahat bermisai lintang pada tahun 1980-an.

Antara filem lakonannya ialah Dang Lenggang, Ribut Di Hujung Senja dan Anakku Suamiku.

Beliau juga banyak berlakon drama tempatan namun selepas menghidap penyakit paru-paru dan kerap kali keluar masuk hospital, Allahyarham terpaksa memperlahankan kerjaya seninya, katanya lapor mStar.

Latiff yang dilahirkan di Bangkok, Thailand memperoleh nama ‘Borgiba’ selepas ia diberikan oleh pengarah filem dan pelakon S. Kadarisman pada hujung 1960-an.

Nama itu diambil sempena nama keturunan Habib Borgiba iaitu tokoh agama dari Afrika.

Beliau berkahwin pada usia 17 tahun dengan Rokiah Abdul Rahman yang ketika itu berusia 12 tahun. Namun isterinya itu meninggal dunia selepas tiga tahun usia perkahiwnan mereka.

Allahyarham kemudiannya berkahwin dengan Fatimah Leman.

Beliau mempunyai 16 orang anak namun tiga daripadanya sudah meninggal dunia dan hampir 50 orang cucu. – MDN

KLIK BACA: Portal berita Israel persenda boleh hancurkan Malaysia dalam satu saat

KLIK VIDEO: Isu Bugis polis soal Tun Mahathir tak bimbang tuduhan dan hukuman, jumpa di mahkamah. – Peguam Haniff Khatri

KLIK BACA: Betulkah darjat Tun Mahathir jatuh kerana pulangkan pingat seperti didakwa Umno Johor??

KLIK BACA: Vendetta Politik Najib Akan Berterusan – Datuk A Kadir Jasin

MESTI BACA: Sedih, nampaknya orang kafir pun sanggup tanggung risiko tegakkan kebenaran di Malaysia – Kadir Jasin

 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE