KUALA LUMPUR, 14 Dis — Laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibuat susulan fitnah bahawa McDonald’s mendanai Israel.

Laporan terhadap lebih 20 individu dan organisasi juga dibuat syarikat Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd di balai polis Dang Wangi semalam, lapor Harian Metro.

McDonald’s Malaysia tidak terlibat dalam program kebajikan pemberian dana seperti McDonald’s Amerika Syarikat yang memberi sumbangan kepada Jewish United Fund (JUF).

“Sebaliknya hanya membayar royalti kepada McDonald’s Corporation sebagaimana dilakukan syarikat,” kata pengarah urusan syarikat Azmir Jaafar.

Beliau berkata McDonald’s Malaysia melalui Gerbang Alaf Restaurants adalah syarikat tempatan yang dikendalikan individu Islam.

“Sebagai pemegang saham terbesar yang tidak menyumbang, menyokong atau terbabit dalam sebarang konflik politik mahupun agama di mana-mana negara sekalipun,” katanya.

Azmir berkata pasukan peguam penasihat luar dibentuk bagi membantu menjaga kepentingan 12,000 pekerja di 265 cawangan McDonald’s Malaysia.

KLIK BACA: Vendetta Politik Najib Akan Berterusan – Datuk A Kadir Jasin

KLIK BACA: Jho Low sibuk berlayar, menginap hotel mewah di Shanghai

KLIK BACA: Portal berita Israel persenda boleh hancurkan Malaysia dalam satu saat

KLIK VIDEO: Isu Bugis polis soal Tun Mahathir tak bimbang tuduhan dan hukuman, jumpa di mahkamah. – Peguam Haniff Khatri

KLIK BACA: Betulkah darjat Tun Mahathir jatuh kerana pulangkan pingat seperti didakwa Umno Johor??

MESTI BACA: Sedih, nampaknya orang kafir pun sanggup tanggung risiko tegakkan kebenaran di Malaysia – Kadir Jasin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE