Klang – Menteri besar Selangor tetap mendoakan kebaikan kepada Azwan Ali walau adiknya itu mahu menjatuhkannya dalam politik.

“Saya sentiasa mendoakan Azwan walaupun dia menyerang saya, insya-Allah semoga Allah akan menyelamatkan dan membuka pintu hatinya untuk terus menyayangi saya dan adik-beradik yang lain,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Azwan, dulu pengacara terkenal, mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar bersumpah laknat bagi membuktikan dirinya bersih.

“Kau [Azmin] kenapa takut buat sumpah laknat, mari sini aku cabar kau, dan itu harus berlangsung dalam sebuah masjid bersaksikan tujuh imam, ini syarat saya bukan syarat dia,” katanya semalam.

Membuat gesaan di luar Perhimpunan Agung Umno (PAU), Azwan juga mendakwa seorang wartawan “tahu rahsia” Azmin tetapi tidak menamakan individu itu.

Azwan dengan berjubah merah muncul mengejut di luar PAU bersama pemimpin Umno Datuk Seri Jamal Md Yunos, musuh utama abangnya di Selangor. – MDN

KLIK BACA: Najib contohi kepimpinan Salahuddin Ayubi, kata Shahrizat

KLIK BACA: Pelakon Dira Abu Zahar bidas Fathia dalam Perhimpunan Agung Umno

KLIK BACA: Azmin tetap sayang, doakan Azwan diberi hidayah walaupun diserang

KLIK BACA: Panas PAU2017 – Khairy balon Tun M kaw kaw kaw…

KLIK BACA: Azwan Ali mahu jumpa Najib, bantu BN hadapi PRU ‘jahanamkan’ Azmin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE