Tan Sri Annuar Musa berkata, sebahagian besar kenyataan ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid mengenai situasi negara tidak benar kerana beliau bukan pakar ekonomi.

“Banyak yang salah, maknanya dia banyak salah, sebab itu bukan bidang dia. Tetapi, kalau dia hendak cakap barang mahal, orang menoreh getah pun boleh cakap barang mahal,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini lapor Free Malaysia Today.

Semalam, Sheila mengeluh mengenai kos sara hidup tinggi dan nilai ringgit lemah di Twitternya.

“Makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup tinggi & pekerjaan sukar didapati.

“Rakyat Malaysia semakin letih & marah kerana dihimpit hutang yang bukan kita cipta.

“Cukuplah beralasan & cari kesalahan. Tumpu pada tugas meletakkan negara kembali ke landasan! Mengecewakan!” demikian tulis penyanyi popular itu.

Sheila yang terkenal dengan lagu Antara Anyir Dan Jakarta dan Sinaran, bukan satu-satunya selebriti yang bercakap mengenai kos sara hidup tinggi di media sosial.

KLIK BACA: Shahbudin pula ‘serang’ Anuar Musa cuba nak ajar Sheila Majid

KLIK BACA: Najib contohi kepimpinan Salahuddin Ayubi, kata Shahrizat

KLIK BACA: Pelakon Dira Abu Zahar bidas Fathia dalam Perhimpunan Agung Umno

KLIK BACA: Azmin tetap sayang, doakan Azwan diberi hidayah walaupun diserang

KLIK BACA: Panas PAU2017 – Khairy balon Tun M kaw kaw kaw…

KLIK BACA: Azwan Ali mahu jumpa Najib, bantu BN hadapi PRU ‘jahanamkan’ Azmin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE