Azwan Ali kecewa dengan tindakan artis terkenal Datuk Sheila Majid yang dihormatinya menimbulkan isu kenaikan kos sara hidup yang menghimpit rakyat kebanyakan.

“Saya sedikit kecewa dengan Datuk Sheila Majid. Dia sebagai seorang yang berpengaruh harus menggunakan sedikit ‘common sense’ mengenai situasi sekarang dan tidak perlu beremosi. Orang menghormati dia, bila dia buat kenyataan seperti itu, membunuh diri.”

“Saya hormat Sheila Majid tetapi sayang kenyataan itu datang daripada dia,” kata Azwan kepada pemberita di Perhimpunan Agung Umno kali ke-71 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini lapor Free Malaysia Today.

Sheila Majid menulis di Twitter: “Makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup tinggi & pekerjaan sukar didapati. Rakyat Malaysia semakin letih & marah kerana dihimpit hutang yang bukan kita cipta!”.

Azwan turut ditanya mengenai ulasan politik daripada generasi penghibur baru, dan berkata kritikan mereka tidak akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN).

“Najib tidak perlu artis sangkak untuk menang pilihan raya. Najib adalah nama yang terlalu besar, apalah sangat dengan artis sangkak.”

“Mereka sebagai ‘icon’ gunalah ‘otak’ sikit. Kalau kau berjaya, ada (gelaran) ‘datuk’, kaya raya, ada pengikut berjuta-juta, bukankah kerana kerajaan? Go to hell (pergi jahanam),” katanya.

“Saya rasa mereka (mengalami) ‘zaman sudah jatuh’, bila lagi hendak popular? Tetapi tidak boleh lawan Azwan Ali punya viral,” katanya lapor FMT.

Foto oleh Majalah Review Malaysia – MRM

KLIK BACA: Dira Abu Zahar tegur Sheila Majid pula…

KLIK BACA: Mamak Kerala masuk Melayu pun kita tak suruh pulang, Najib sindir Mahathir

KLIK BACA: Perwakilan Umno PAU2017 mengaku bantu rakyat tapi poket sendiri kosong!

KLIK BACA: Najib contohi kepimpinan Salahuddin Ayubi, kata Shahrizat

KLIK BACA: Najib buat kacau sepatutnya saya berehat. – Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE