Kuala Lumpur – Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mengulas lanjut spekulasi beliau dijadikan perdana menteri sementara sekiranya Pakatan Harapan (PH) berkuasa, sebaliknya berkata beliau sepatutnya berehat.

“Tak tahulah kalau semua orang nak tu (jadi perdana menteri). Saya tak pernah rehat lagi ni. Dah pencen, patutnya saya berehat. Saya nak pergi pelayaran, tak ada peluang langsung,” katanya kepada pemberita malam tadi selepas menyertai forum mengenai ahli perniagaan dikaitkan dengan skandal 1MDB, Low Taek Jho, atau Jho Low.

“Mula-mula Paklah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) buat kacau, lepas tu Najib buat kacau. Lepas itu, suruh saya jadi pengerusi (PH). Sekarang ini bakal perdana menteri. Wah seronok lah,” katanya lapor Free Malaysia Today.

Sebelum ini, PH dalam mesyuaratnya ada membangkitkan cadangan melantik Dr Mahathir dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri sekiranya gabungan 4 parti itu memenangi pilihan raya umum (PRU).

Dr Mahathir sebelum ini beberapa kali berkata beliau bersedia memegang kembali jawatan yang pernah dipegangnya selama 22 tahun, sekiranya PH tidak mempunyai pilihan lain.

PKR yang menjadi salah satu anggota PH sebelum ini bertegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara 5 tahun, masih menjadi pilihan perdana menteri.

Sementara itu, Dr Mahathir semalam menjawab cabaran Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang untuk menang besar pada PRU pilihan raya umum (PRU) akan datang, dengan berkata Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinannya dulu mampu menang dengan 2/3 kerana tidak mempunyai “penyangak” di kalangan parti pemerintah.

“Lima kali pilihan raya, saya menang 2/3. Ini lain punya pilihan raya. Pada masa saya dahulu, tak ada penyangak. Jadi saya boleh menang lah.

Sekarang ini, ada penyangak,” katanya. – MDN

KLIK BACA: Najib contohi kepimpinan Salahuddin Ayubi, kata Shahrizat

KLIK BACA: Shahbudin pula ‘serang’ pegawai khas Najib, Anuar Musa cuba nak ajar Sheila Majid

KLIK BACA: Pelakon Dira Abu Zahar bidas Fathia dalam Perhimpunan Agung Umno

KLIK BACA: Azmin tetap sayang, doakan Azwan diberi hidayah walaupun diserang

KLIK BACA: Panas PAU2017 – Khairy balon Tun M kaw kaw kaw…

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE