Sultan Selangor membidas Zaid kerana mempersoalkan kritikan istana terhadap Dr Mahathir Mohamad. – Foto FMT

Sehari selepas protes ahli Umno yang mengutuk Datuk Zaid Ibrahim sebagai biadab, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu hari ini menjadi sasaran Sultan Selangor, yang mendakwa kenyataannya mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja dijadikan bahan politik.

“Dia duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tak setuju, buat rumah besar-besar dan tolong rakyat Kelantan. Jangan cari rezeki di Selangor,” kata Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam wawancara bersama Utusan Malaysia.

“Saya minta Zaid Ibrahim baca dengan teliti ke­nyataan saya dan dapatkan fakta yang betul sebelum buka mulut,” tambahnya merujuk komen Zaid di Twitter.

Sebelum ini, Dr Mahathir dilaporkan menggelar Datuk Seri Najib Razak dengan gelaran “lanun Bugis”, sebagai menyindir perdana menteri itu yang menggelar dirinya pahlawan Bugis. Kerabat diraja Selangor merupakan keturunan Bugis.

Ia disusuli kenyataan Sultan Selangor menggesa Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM disiasat di bawah undang-undang hasutan.

Dalam wawancara dengan The Star baru-baru ini, Sultan Selangor sekali lagi mengkritik Dr Mahathir dengan menyifatkannya pemimpin dengan “sifat inferiority complex” serta “diselubungi perasaan kebencian”.

Tiga hari lalu, Zaid dalam kiriman Twitter berkata Sultan Selangor “seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya”.

“Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar,” kata Zaid.

Dalam wawancara hari ini, Sultan Sharafuddin berkata Zaid tidak perlu mengajarnya dan teguran ke atas Dr Mahathir dibuat atas kapasiti sebagai raja.

“Saya sedar, Zaid selalu mengeluarkan komen yang tidak benar dan tidak tepat mengenai saya, dari dulu. Zaid adalah seorang ahli politik serta bekas menteri dan saya faham dari dulu lagi Zaid kuat menentang institusi raja.

“Nasihat saya kepada Zaid satu sahaja, janganlah kita jadi seperti kacang lupakan kulit dan janganlah musnahkan orang Melayu. Saya percaya Zaid tahu apa yang saya maksudkan,” katanya.

KLIK BACA: Azmin tetap sayang, doakan Azwan diberi hidayah walaupun diserang

KLIK BACA: Shahbudin pula ‘serang’ pegawai khas Najib, Anuar Musa cuba nak ajar Sheila Majid

KLIK BACA: Dr Mahathir jawab cabaran Khairy, BN dulu menang majoriti 2/3 sebab tidak ada “penyangak”

KLIK BACA: Najib contohi kepimpinan Salahuddin Ayubi, kata Shahrizat

KLIK BACA: Pelakon Dira Abu Zahar bidas Fathia dalam Perhimpunan Agung Umno

KLIK BACA: Pemimpin tidak malu pinjaman bukan diurus Bank Negara tapi bank Yahudi dan terpaksa bayar komisen

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE