PAU2017 – Datuk Seri Najib Razak hari ini menghalakan senjatanya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dengan berkata puisi “Melayu mudah lupa” yang diungkapkan bekas presiden Umno itu sebenarnya merujuk kepada dirinya sendiri kerana meninggalkan Umno untuk bekerjasama dengan pembangkang.

“Dulu, di pentas ini juga beliau mengingatkan kita bahawa, Melayu mudah lupa, namun pada kita, orang ini sudah melampaui batas apabila tergamak bersubahat dan bersekutu, dengan musuh politik dan musuh prinsip beliau selama puluhan tahun yang lalu,” kata Najib dalam ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Umno ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini lapor Free Malaysia Today.

Najib berkata kerjasama Dr Mahathir dalam Pakatan Harapan hanya bertujuan memenuhkan “tembolok peribadi” beliau semata-mata.

“Sememangnya, pepatah lama sudah menyebut, mana mungkin minyak dan air bersatu.”

Najib berkata ungkapan “Melayu mudah lupa” tidak terpakai kepada ahli Umno yang masih dalam parti itu.

“Insha Allah tidak sesekali menjadi Melayu yang mudah lupa seperti mereka!” kata Najib.

Nota Ana Ghoib: TEMBOLOK PERIBADI – Bukankah Tun M mendedahkan dia bertemu Najib dan Najib bertanya; ‘Tun nak apa? kemudian Tun M diberitahu Najib bahawa ‘cash is king’?.

Lojikkah sepatutnya kalau untuk memenuhkan tembolok peribadi Tun M tidak menentang Umno. Anaknya juga sudah berjaya bisnes SAH bukan bikin filem separa lucah entah dari mana modalnya.

KLIK BACA: Azmin tetap sayang, doakan Azwan diberi hidayah walaupun diserang

KLIK BACA: Shahbudin pula ‘serang’ pegawai khas Najib, Anuar Musa cuba nak ajar Sheila Majid

KLIK BACA: Dr Mahathir jawab cabaran Khairy, BN dulu menang majoriti 2/3 sebab tidak ada “penyangak”

KLIK BACA: Najib contohi kepimpinan Salahuddin Ayubi, kata Shahrizat

KLIK BACA: Pelakon Dira Abu Zahar bidas Fathia dalam Perhimpunan Agung Umno

KLIK BACA: Pemimpin tidak malu pinjaman bukan diurus Bank Negara tapi bank Yahudi dan terpaksa bayar komisen

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE