Datuk Seri Najib Razak berkata terdapat segelintir masyarakat Cina dan India menjadi “mangsa persepsi dan pembohongan” pembangkang.

Dalam ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno hari ini, Najib menolak anggapan Umno sebuah parti bersifat rasis.

“Umno bukanlah parti bersifat rasis. Jika tidak, bagaimana kita diterima, mengepalai parti-parti komponen daripada pelbagai bangsa sejak puluhan tahun dengan penuh berhemah?, katanya.

“Umno sebetulnya menjangkau segalanya, kerana kita selama ini meraikan kepelbagaian dalam negara dan kita percaya kepada keharmonian untuk hidup rukun bersama, saling bergantung dan lengkap melengkapi. Tegasnya, saya ulang Umno bukan anti kaum Cina.”

Bagaimanapun, Najib berkata kaum Cina dan sebahagian juga kaum India “turut terseret, terperangkap menjadi mangsa persepsi dan pembohongan pembangkang”.

Najib turut mengakui Umno hampir tewas akibat “permainan” pembangkang.

KLIK BACA: Shahbudin pula ‘serang’ pegawai khas Najib, Anuar Musa cuba nak ajar Sheila Majid

KLIK BACA: Dr Mahathir jawab cabaran Khairy, BN dulu menang majoriti 2/3 sebab tidak ada “penyangak”

KLIK BACA: Najib contohi kepimpinan Salahuddin Ayubi, kata Shahrizat

KLIK BACA: Pelakon Dira Abu Zahar bidas Fathia dalam Perhimpunan Agung Umno

KLIK BACA: Pemimpin tidak malu pinjaman bukan diurus Bank Negara tapi bank Yahudi dan terpaksa bayar komisen

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE