Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali ditempelak adiknya sendiri, Azwan Ali, gara-gara skandal rasuah melibatkan anak saudara mereka, Mohd Nuzul Fadli Mohd. Noriyualsaid yang diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), minggu lalu.

Azwan merupakan pelakon dan selebriti popular mengutuk perlakuan Azmin dan anak buahnya yang memalukan keluarga.

“Sudah jatuh ditimpa taik! sudahlah disaman berbilion dengan Syabas, anak kesayangan dicekup SPRM. Ni ker ilmu agama yang arwah bapa kau ajar?

“Ini ker semangat pulut kuning mak kau yang baru saja arwah? Muhasabah,” tegas Azwan dipetik kenyataan di Facebook lapor Malaysian Digest.

Dalam pada itu, Azwan menyifatkan penahanan anak buahnya, Mohd Nuzul Fadli oleh SPRM merupakan balasan tuhan kerana meminggirkan beliau selama ini.

“Aku tatang kau macam minyak penuh sejak kecil! Kau antara anak saudara paling bernasib baik dapat sanjungan Azwan Ali. Tapi itu dulu! Bila kau kahwin, kau haram jemput Che Wan (Azwan Ali)?

“Gara-gara kau besarkan Azmin Ali, kemudian kau dengar hasutan mak bapa kau untuk tak jemput atau paruah aku sebagai pakcik kau.

“Sekarang tuhan bayar tunai! Kau sudah meringkuk dalam lokap untuk siasatan SPRM! Kau meroyan kepada Azmin Ali suruh lepaskan kau!

“Muhasabah lah sebelum bala lebih besar terutamanya mak kau yang tak habis caci hina Azwan Ali,” katanya yang dimuat naik dalam akaun Facebook Azwan.

Mohd Nuzul Fadli dituduh terlibat dengan kes rasuah projek perlombongan pasir di Selangor.

KLIK BACA: Rakyat marah terbeban hutang yang bukan mereka buat, kata Sheila Majid

VIDEO: Peguam negara Donald Trump dedah aset AS$3.5 bilion berkait 1MDB dibekukan

KLIK BACA: Hadiah paling berharga Trump kepada Najib sempena PAU 2017

KLIK BACA: Pelik, Mahathir, Anwar penjawat awam tapi Najib bukan?

KLIK BACAKhalwat berlaku setiap kali Perhimpunan Agung Umno, dedah bekas Puteri Umno

KLIK BACA: Subsidi, tol ‘udara tercemar’ alasan Najib seperti Hassan Malek?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share