China – Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrong berkata, syarikat itu akan memperkenalkan 3 model kereta canggih di pasaran Malaysia.

Beliau dipetik China Press berkata, Proton akan melancarkan kereta pemanduan automatik, kereta berkuasa elektrik sepenuhnya dan kereta terbang yang pertama pada 2019.

Katanya, selain model Boyue, syarikat itu akan menaik taraf dan mengubah suai 8 model sedia ada dalam usaha meningkatkan daya saing Proton.

Li ketika berucap pada Persidangan Usahawan Malaysia-China ke-7 semalam, turut mencadangkan penukaran nama Proton dalam bahasa Cina.

Katanya, orang China sudah biasa menterjemah Proton menjadi “Bao Teng” tetapi rakyat Malaysia menggelarnya “Pu Teng”, katanya lapor Free Malaysia Today.

Beliau berkata, “Bao” bermakna khazanah atau harta benda, manakala “Pu” membawa maksud biasa.

Katanya, selaku lambang negara yang turut mewakili tamadun perindustrian Malaysia, Proton ialah kebanggaan rakyat Malaysia dan mempunyai sejarah gemilang khasnya pengambilalihan Lotus pada 1996.

Li berkata, bahagian pasaran Proton sehingga bulan lalu sudah stabil di tahap 13%, lebih baik berbanding tahun lalu.

Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan 49.9% sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), gergasi automotif China yang sebelum ini mengambil alih Volvo dari Sweden.

Urus niaga itu juga membolehkan Geely memiliki kepentingan 51% dalam pembuat kereta Britain, Lotus daripada Proton pada harga £51 juta (RM277.85 juta), manakala baki 49% lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd.

Proton yang ditubuhkan pada 1983, bergelut sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun mendapat sokongan dan bantuan kerajaan – MDN

KLIK BACA: Pemimpin Melayu tidak takut siapapun dalam mengerjakan kemungkaran – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Tolonglah bertanding PRU14 Kak Ros jangan kecewakan kami…

KLIK BACA: Luahan Razak Baginda kes bunuh Altantuya, Scorpene?

KLIK VIDEO: Azmin dedah layanan baik Sultan Johor…tapi Umno

KLIK VIDEO: Ku Nan: Saya hidup berfoya-foya sebelum dapat hidayah masuk Umno

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE