KUALA LUMPUR: Penyanyi Yuna tidak menyangka The Malaysia Book of Records mengikuti perkembangan karier seninya di Amerika Syarikat sehingga badan penilai itu mengiktiraf album terbaharunya berjudul Chapters yang dilancarkan pada Mei lalu.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 30, berkata, pengiktirafan itu diberikan kepadanya sebagai artis Malaysia pertama yang berjaya menembusi kedudukan 10 teratas dalam carta Billboard menerusi kategori Album R&B.

Untuk rekod, antara artis lain yang turut tersenarai dalam carta sama ialah Beyonce (Lemonade), Rihanna (Anti) dan The Weeknd (Beauty Behind The Madness).

“Saya langsung tidak menyangka akan diberi pengiktirafan besar seperti ini kerana ingatkan ia satu gurauan pada awalnya.

“Duet bersama Usher banyak membuka peluang lebih besar untuk saya dan syukur lagu duet kami sering diputarkan di stesen radio di Amerika.

“Ia satu pencapaian membanggakan untuk saya apabila dapat mendengar lagu sendiri diputarkan di radio”

“Insya-Allah saya akan teruskan konsert jelajah di Amerika selain bakal ke Eropah pada September untuk persembahan di London, Paris, Berlin dan Belanda,” ujarnya.

Tambah Yuna, dia ada merancang untuk mengadakan konsert di Asia namun ia masih di peringkat perbincangan bersama syarikat pengurusannya namun berharap ia akan menjadi kenyataan. –

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE